seismik

12 Fungsi Lain Kad Matriks Selain Kegunaan Di Kampus. Macam-Macam Diskaun Boleh Dapat!

Bookmark!

Cover image via SAYS Seismik

1. Kenny Rogers Roasters

Image via Ipoh Parade

Diskaun 25% ke atas jumlah bil bermula dari jam 2pm - 6pm pada hari biasa (kecuali cuti umum). Tertakluk kepada terma dan syarat.

2. Seoul Garden

Image via EatBook.sg

Makanan bagi pelajar akan menjadi lebih murah daripada harga dewasa untuk makan tengahari iaitu bermula jam 11:30am - 4:59pm pada setiap hari bekerja. Manakala, 11:30am -  3:59pm pada hujung minggu dan cuti umum. Untuk makan malam pula akan bermula jam 5pm - 10:30pm pada hari bekerja dan tidak boleh digunakan pada hujung minggu dan cuti umum.

Harga juga mungkin akan berbeza mengikut lokasi.

3. Bar.B.Q Plaza

Untuk kedai ini pula, diskaun 20% untuk set menu bermula jam 10:30am - 5pm setiap hari.

NOTA: Kedai ini non-halal ya.

4. Tony Romas

Image via Trip Advisor

Students-only 'break time' untuk setiap set (1 hidangan dan 1 soda) hanya dengan harga RM12.61. Ianya boleh digunakan untuk dine-in bermula jam 3pm - 6pm pada hari bekerja kecuali pada cuti umum. Anda juga boleh menambah Soup Of The Day dengan harga RM3.07 sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

5. Macbook & iPad

Gambar sekadar hiasan.

Image via Cult of Mac

Di bawah program Apple for Education, pelajar boleh membeli iPad, MacBook dan produk Apple terpilih yang lain dengan harga lebih murah iaitu RM80 hingga RM450 daripada harga runcit/asal produk tersebut.

Walau bagaimanapun, harga ini hanya boleh digunakan untuk pembelian dalam talian sahaja. Anda juga boleh merujuk kepada senarai lengkap produk Apple yang terpilih.

6. TGV Cinemas

Gambar sekadar hiasan.

Image via Resilient Marketing Sdn. Bhd.

RM10 untuk tiket wayang dan hanya boleh digunakan untuk pembelian standard seats dan apa-apa filem yang bakal dimainkan sebelum jam 6pm pada hari bekerja. Tidak termasuk cuti umum.

7. Golden Screen Cinemas (GSC)

Gambar sekadar hiasan.

Image via Rojak Daily

Harga tiket wayang bermula dari RM7.50 - RM11 bergantung kepada lokasi. Ianya juga hanya boleh digunakan untuk filem yang akan dimainkan sebelum jam 6pm pada hari bekerja. Tidak termasuk cuti umum.

8. MBO Cinemas

Tiket wayang bermula dari RM9 boleh dibeli untuk movie yang akan ditayangkan sebelum jam 6pm pada hari bekerja, tidak termasuk cuti umum. Tiket juga harus dibeli di kaunter sahaja.

9. mmCineplexes (sebelum ini dikenali sebagai Cathay Cineplex)

Gambar sekadar hiasan.

Image via Welcome to SEDC Tourism

Harga tiket hanya RM10 dan boleh dibeli pada hari bekerja sahaja (kecuali hari Rabu dan cuti umum). Tertakluk kepada terma dan syarat.

10. RedBox Karaoke

Image via Time Out

Promosi pelajar boleh digunakan pada waktu makan tengahari iaitu jam 11am - 2pm dan sesi Happy Hour iaitu jam 1pm - 6pm setiap hari. Kadar dan promosi mungkin akan berbeza mengikut lokasi. Anda juga disarankan untuk semak semula pecahan penuh melalui laman web rasmi RedBox.

11. Neway Karaoke

Gambar sekadar hiasan.

Image via My Play Play

Pelajar boleh menikmati kadar diskaun untuk Happy Hour pada jam 1pm-7pm. Bufet makan malam juga akan bermula jam 6pm-12am setiap hari atau pada hari-hari tertentu. Kadar dan promosi mungkin akan berbeza mengikut lokasi. Untuk maklumat penuh dan lebih tepat, boleh semak sendiri di laman web rasmi Neway.

12. Loudspeaker Karaoke

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Pelajar hanya dikenakan cas RM9 setiap seorang bermula jam 1pm-7pm pada hari bekerja, tidak termasuk cuti umum atau sehari sebelum cuti umum.

Kredit: Twitter @hafiyai

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: