seismik

Founder Pusat Tuisyen Temui Buku Rujukan Terbitannya Kena Plagiat Oleh Staf Sendiri

Difahamkan, laporan polis berkaitan kes itu telah pun dilakukan.

Cover image via Rafat Wajdy (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang founder sebuah pusat tuisyen terkejut apabila menemui buku terbitannya diplagiat oleh pekerjanya sendiri

Menerusi sebuah hantaran di Facebook oleh Rafat Wajdy, dia yang juga merupakan pemilik Aster Edu Sdn Bhd, sebuah syarikat pusat tuisyen, menemui buku terbitannya telah diplagiat oleh staf sendiri.

"Pembantu saya hulurkan sebuah buku selepas dia mengatakan buku tersebut meniru buku kami, saya selak satu demi satu halaman, bukan tiru separuh jalan, bukan inspirasi, ini plagiat bulat-bulat, dari tajuk, susunan bab, isi kandungan, semuanya salin terus hasil kerja kami.

"Saya tak tunggu lama, segera hubungi peguam syarikat, Tuan Hawari. Saya minta untuk bantu saya cari siapa di belakang syarikat ini. Buat carian SSM. Saya nak tahu siapa.

"Beberapa jam kemudian, laporan SSM sampai ke tangan saya. Saya belek satu persatu dan akhirnya, saya lihat nama itu, salah seorang pekerja saya yang masih bekerja," katanya.

Image via Facebook

Lebih mengejutkan, satu jabatan pemasaran terlibat dalam kes terbabit

Setelah siasatan yang lebih mendalam dijalankan, dia meluahkan rasa kecewa apabila mendapati satu jabatan pemasaran terlibat dalam isu plagiat tersebut.

"Hampir keseluruhan mereka, yang pernah kita beri peluang, menggunakan ilmu, data dan 'networking akses' tapi sanggup bertindak menubuhkan syarikat senyap-senyap.

"Mereka klon produk utama syarikat dan jual secara senyap di luar. Bila disoal siasat, alasan mereka sama, tahu apa jawapan mereka? Sebab duit.

"Pedih hati bila saya cuba sebaik mungkin jadi bos yang baik, jaga pekerja, tapi ini balasan yang saya dapat? Anggaran kerugian hampir setengah juta ringgit. Dikhianati oleh bangsa sendiri, oleh tangan-tangan yang pernah kita suapkan," ujarnya.

Image via Facebook

Letter of Demand (LOD) dan laporan polis telah dilakukan

Tambahnya, laporan polis telah dibuat dan LOD turut sudah dihantar kepada pihak yang didakwa melakukan plagiat ke atas syarikatnya.

"Minggu lepas saya sudah ambil langkah pertama, LOD dihantar, laporan polis turut dibuat.

"Ini bukan soal dendam, ini soal mempertahankan apa yang benar dan sebagai amaran juga kepada pekerja-pekerja lain di luar sana mungkin sedang buat pekara yang sama seperti mereka.

"Saya fikir jika setakat berhentikan mereka, tidak mengajar apa-apa. Mungkin mereka akan buat pekara yang sama di syarikat yang lain. Saya rasa mahkamah adalah tempat yang paling adil," tulisnya di Facebook.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: