seismik

[GAMBAR] Tengku Hassanal Tamat Kursus Tentera Di UK, Akan Sertai Askar Melayu Di Tanah Air

Setelah menjalani latihan ketenteraan dan akademik sebagai seorang Pegawai Kadet selama 44 minggu di RMA Sandhurst, KDYMM Pemangku Raja Pahang itu telah selamat ditauliahkan sebagai seorang pegawai tentera.

Cover image via Instagram @istana_negara

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan berangkat pulang ke tanah air setelah menamatkan kursus ketenteraan di UK

Berita baik ini telah dikongsikan bondanya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj di laman Twitter baginda.

Tambah baginda, Tengku Hassanal akan berkhidmat di Rejimen 12 Askar Melayu Diraja (RAMD) Batalion 12 Kuantan, Pahang selepas tiba di tanah air.

Tunku Azizah turut memaklumkan, baginda bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menghadiri majlis perarakan pentauliahan Tengku Hassanal di Sandhurst pada 13 Disember.

Pada 13 Disember 2019, Tengku Hassanal secara rasminya telah ditauliahkan sebagai pegawai tentera di Royal Military Academy Sandhurst Commissioning Parade

Setelah menjalani latihan ketenteraan dan akademik sebagai seorang Pegawai Kadet selama 44 minggu di RMA Sandhurst, KDYMM Pemangku Raja Pahang itu telah selamat ditauliahkan sebagai seorang pegawai tentera.

Lebih membanggakan ialah apabila KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri telah diberi penghormatan tertinggi menerima tabik Hormat DiRaja.

Sovereign’s Parade, atau Perbarisan DiRaja, adalah kemuncak latihan di RMA Sandhurst dan ianya diadakan di Old College Square yang telah menjadi medan perbarisan tersebut sejak 14 Julai 1948 di hadapan King George VI.

Di akhir perbarisan, Ajutan perbarisan akan menunggangi kudanya menaiki tangga Old College di belakang para pegawai kadet yang menjadi graduan.

Tengku Hassanal yang menamatkan pengajian dari Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dalam bidang hubungan antarabangsa dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang pada 31 Januari lepas selepas ayahandanya memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Baginda mengikuti kursus ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst atau Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst selama setahun yang juga merupakan pusat latihan tentera tersohor dunia.

Lagi koleksi foto Tengku Hassanal sepanjang mengikuti kursus ketenteraan di bawah:

Alhamdulillah. Welcome back, Tengku!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: