seismik

"Filem Mentega Terbang Bertentangan Dengan Akidah Umat Islam Di Malaysia" - JAKIM

Penggiat seni kreatif diingatkan agar lebih berhati-berhati dalam menerbit dan menyiarkan bahan kandungan kepada masyarakat.

Cover image via VIU Malaysia

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kehadiran filem kontroversi yang bercanggah dengan ajaran Islam sekaligus menjadi perbualan hangat di media sosial

Tangkap layar filem Mentega Terbang yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa sebagai penghinaan kepada agama Islam.

Image via VIU Malaysia

Sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarahkan dengan segera untuk meneliti kandungannya.

Selepas penelitian dibuat, JAKIM mengesahkan bahawa terdapat pertentangan yang jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie yang ditonjolkan dalam filem berjudul Mentega Terbang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, beliau menerima pelbagai pandangan dan reaksi daripada masyarakat awam yang menyatakan kegusaran berhubung penayangan filem itu.

Menurutnya, beliau amat memahami akan sensitiviti masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam berhubung isu filem tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar

Image via Bebas News

“JAKIM turut diarah mengemukakan ulasan terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) agar tindakan boleh dikenakan.

“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga diminta untuk memanggil pihak yang terbabit dalam isu penerbitan filem itu untuk pengurusan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

JAKIM sama sekali tidak akan berkompromi dengan apa jua kandungan penerbitan yang boleh mencemarkan kesucian Islam

Sehubungan itu, JAKIM menasihatkan penggiat seni kreatif agar lebih berhati-berhati dalam menerbit dan menyiarkan bahan kandungan kepada masyarakat.

Sedikit informasi berkenaan filem ini, Mentega Terbang mengisahkan tentang seorang pelajar bernama Aisyah yang terngiang-terngiang di dalam mindanya tentang persoalan kehidupan selepas mati, syurga, neraka dan kebenaran.

Ditambah pula karakter ayah yang liberal dari segi akal dan pemikiran sekaligus membenarkan anaknya menganut mana-mana agama dimahukan.

Oleh itu, JAKIM sekali lagi menasihatkan masyarakat awam agar lebih berwaspada dalam memilih rancangan TV untuk tontonan seisi keluarga sama ada di platform dalam talian mahu pun di mana-mana saluran agar tidak terdedah kepada unsur-unsur yang boleh menjejaskan akidah.

Image via VIU Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: