seismik

Festival #Gegaria Bakal Menghiburkan Hari Anda Di Ipoh Pada 24 Mac Nanti!

Shah Alam, Johor dan Kuantan dah settle. Ipoh pula jom? #GoGegaria #KitaOK

Cover image via GoGegaria / Facebook

Festival Gegaria telah berlangsung di tiga tempat iaitu Shah Alam, Johor Bahru dan Kuantan. Kali ini ke mana pula kita?

Jom ke Ipoh maliiiii! :)

Kali ini, Festival Gegaria akan menggegarkan hari anda pada 24 Mac 2018 bertempat di Dataran Amanjaya, Meru, Ipoh. Seperti biasa, festival ini akan datang dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama seisi keluarga. Tidak kira muda atau tua, semua boleh!

Bermula dari makanan, permainan, dan muzik, kepada aktiviti yang berkaitan dengan fesyen dan kecantikan, serta kecergasan dan kesihatan. Seronok bukan?!

Nak tahu apa pula aktiviti menarik yang bakal menggegarkan Festival Gegaria di Dataran Amanjaya Meru, Ipoh nanti?!

Join Fitness Dance lah jom!

Aktiviti ini bakal dikelokakan oleh Hanif Shawn iaitu Instructor Fitness Dance anda semua nanti yang akan bermula pada jam 8 hingga 10 pagi! Jika anda ingin bersama-sama dengan mereka untuk melakukan aktiviti sihat ini, boleh mendaftarkan diri dan berpeluang mendapatkan goodie bag khas dengan barangan ekslusif Gegaria.

Stok limited untuk peserta paling awal! Pastikan anda tidak terlepas ya. Kalau berminat, boleh register di link ni - Fitness Dance Pre-Registration Link!

Merchandise Gegaria

Image via GoGegaria / Facebook

Festival warna-warni yang bakal membuatkan hari anda lebih happening bermula jam 8 pagi sehingga 11 malam. Tapi percayalah, satu hari pun tak cukup tau!

Aktiviti sepak raga

Image via GoGegaria / Facebook

Permainan tradisional Giant Congkak

Image via GoGegaria / Facebook

Jika anda pernah berkunjung ke Festival Gegaria yang telah berlangsung di Setia City Convention Center Shah Alam, Angsana Johor Bahru dan juga Stadium Darul Makmur, Kuantan, pastinya anda sudah tahu antara aktiviti yang dianjurkan serta makanan yang bakal disajikan di Festival Gegaria ini.

Memang rambang mata habis! Tak tahu nak pilih yang mana.

Anda bakal disambut dengan art installation gergasi #GoGegaria. Struktur dan warna-warna gegaria juga dilhamkan oleh rumah-rumah tradisional Melayu yang cantik!

Cantik bukan?

Dengan warna-warni dan struktur rumah Melayu lama yang semestinya bakal membuatkan anda lebih excited untuk menghadirkan diri di Festival Gegaria ini!

Festival #Gegaria sememangnya tidak akan terhenti dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan!

Throwback kenangan sewaktu kecil anda dengan bermain permainan tradisional seperti congkak, timbang takraw, giant bubble dan juga skipping rope yang anda boleh main di Festival Gegaria nanti!

Throwback Tunnel iaitu tempat paling best dan unik di Festival Gegaria. Ini masanya untuk anda mengimbau sejarah Malaysia.

Wajib masuk tau!

Throwback Tunnel membawakan galeri berita New Straits Times Press (NSTP) dan semua gambar tinggalan sejarah dari tahun 1950-an hingga 2000.

Semua artwork ini telah direka khas oleh kakitangan NSTP dari AdStudio sempena meraikan pencapaian kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang. Menarik sangat bukan?

Throwback Tunnel ini akan dibuka bermula jam 8:30 pagi sehingga 8:30 malam ya. Jangan lepaskan peluang untuk masuk. Macam-macam ada.

Inginkan Instagram feed yang penuh dengan warna? Ha, di Festival Gegaria nanti akan ada banyak tempat yang mempunyai latar belakang yang begitu menarik! #instaworthy

Untuk yang suka bergambar, festival ini memang sesuai sangat untuk anda semua. Dengan latar belakang yang berwarna-warni ini akan lebih mencantikkan lagi instagram feed anda semua. Tak rugi datang festival ini tau! Boleh simpan memori dengan gambar yang cantik-cantik.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menghiburkan hari anda dengan:

  1. CSR di Community Booth
  2. Zumba
  3. E-games
  4. Life performances
  5. Throwback Tunnel
  6. Lifestyle Sharing Session dengan selebriti tanah air
  7. Permainan tradisional

Booth E-Sports terbuka untuk semua yang hadir! Jika berminat, singgahlah di booth ni :)

Booth MyGameOn eSports Zone ini membolehkan anda bermain game Dragon Ball Z, Street Fighter dan juga Tekken 7 secara PERCUMA! :)

Ada juga game Virtual Reality Experience (Rush of Blood).

Lebih menarik, jika anda mendaftarkan diri untuk perlawanan FIFA Online yang dianjurkan oleh Garena, anda mungkin berpeluang untuk memenangi hadiah terkumpul bernilai RM10,000 dalam kejohanan ini nanti.

Belum habis lagi, Booth Lifestyle bakal membawakan kepada anda semua influencer terkenal serta artis tempatan tanah air.

Anda boleh juga boleh beramah mesra dengan mereka. :)

Pelbagai aktiviti yang bakal merangkumi bidang gaya hidup, demo kecantikan, kerjaya, keusahawanan yang akan menampilkan ramai selebriti terkenal serta influencers dan instafamous seperti Nabila Razali, Nadia Brian, Faiz Dickie, Elfira Loy, Ramona Zamzam dan Hanif Shawn!

Anda juga berpeluang untuk beramah mesra bersama mereka, nak selfie pun boleh sebagai kenangan.

Pastikan anda blok kalendar anda dan bawa satu keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan lagi Festival Gegaria bertempat di Dataran Amanjaya, Meru, Ipoh pada 24 Mac nanti!

Jangan lupa bawa satu keluarga ya! Lagi ramai lagi meriah.

Selain boleh berhibur, anda juga boleh menyelamatkan nyawa seseorang dengan menderma darah di booth yang disediakan serta menyemak status kesihatan anda

Nak check gigi pun boleh. Yang paling penting, ianya adalah PERCUMA untuk semua pengunjung Festival Gegaria ini!

Banyak sangat aktiviti, sampai tak tahu nak buat apa dah!

Bila dah buat semua aktiviti, perut pun dah lapar. Jangan risau, Festival Gegaria ini bakal menyajikan makanan dari kesemua 14 negeri di Malaysia. Macam best je!

Festival Gegaria ini bakal dimeriahkan dengan lambakan makanan tempatan dari kesemua 14 negeri.

Nak tahu apa yang akan disajikan untuk semua pengunjung di Festival Gegaria nanti?

  1. The Butter Orange
  2. MonSteamboat
  3. Ayaq Aih
  4. Laksa Pokok Limau 
  5. Yellow Elephant
  6. Plaats.co 
  7. Spark Station 77
  8. Lebai
  9. Fuyyoo Best Chicken
  10. Ipoh Black Coffee

Bukan itu saja, festival ini turut menampilkan chef selebriti iaitu Chef Naem dan Chef Fikree Aznan melalui sesi food demo di Booth Dapur Panas!

Konsert penutup untuk Gegaria Entertainment juga akan diadakan pada waktu malam. Anda bakal dihiburkan dengan persembahan yang begitu bertenaga oleh artis tempatan tanah air!

Bunkface

Image via GoGegaria / Facebook

Noh Salleh

Image via GoGegaria / Facebook

Antara barisan artis terkenal yang bakal menghiburkan anda bermula jam 8:45 malam sehingga tamat konsert:

  • Sonaone
  • Bunkface
  • Noh Salleh
  • Kugiran Masdo
  • Nabila Razali
Anda boleh buat Facebook Live atau post di Instastory masa konsert ini nanti dan jangan lupa untuk hashtag #GoGegaria #GegariaFest #KitaOK ya!

Yang penting, kali ini anda dapat tengok konsert secara PERCUMA!

Jangan lupa untuk blok tarikh 24 Mac bertempat di Dataran Amanjaya, Meru, Ipoh bermula jam 8 pagi sehingga 11 malam untuk Festival Gegaria!

Jumpa anda di sana! :)

Image via Tenor

Jangan lupa untuk follow Facebook Gegaria & Instagram Gegaria untuk maklumat lanjut!

#GoGegaria #GegariaFest #KitaOK

Gegaria Kuantan Highlights

Ramai yang tanya Gegaria Fest akan kemana pula kan? 24 Mac, Dataran Amanjaya, Meru, Ipoh! Orang Ipoh tunggu apa lagiiiiii, jom semua turun padang! #GoGegaria #KitaOK

Posted by GoGegaria on Wednesday, March 14, 2018

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!