seismik

Festival #Gegaria Bakal Menggegarkan Pantai Timur Dengan Kemeriahan Tanpa Henti!

Shah Alam sudah, Johor Bahru sudah. Kuantan pulak jom? :)

Cover image via GoGegaria / Facebook

Inilah festival warna-warni yang sangat sesuai untuk seisi keluarga. Kalau anda tak tahu nak pergi mana pada 24 Febuari nanti, jom ramai-ramai serbu Festival #Gegaria di Kuantan!

Kali ini Festival Gegaria akan diadakan di Perkarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan. Jadi untuk orang-orang Pantai Timur tu, anda mungkin tidak mahu terlepas untuk hadiri festival yang bakal menceriakan hari minggu anda ini!

Luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan aktiviti yang tersedia di Festival #Gegaria pada jam 8 pagi hingga 11 malam!

Sepak raga

Image via GoGegaria / Facebook

Booth E-Sports

Image via GoGegaria / Facebook

Giant Congkak

Image via GoGegaria / Facebook

Kalau anda pernah pergi Festival Gegaria ini yang telah berlangsung di Setia City Convention Center dan Angsana, Johor Bahru, mesti anda sudah tahu apa aktiviti menarik yang telah tersedia untuk semua pengunjung.

Bermula dari makanan, permainan, muzik, sehinggalah kepada segala aktiviti yang berkaitan dengan fesyen, kecantikan, serta kecergasan dan kesihatan, semuanya ada di sini!

Ini antara aktiviti yang boleh anda lakukan di Festival Gegaria nanti. Kalau ada keluarga yang besar, lagi seronok! :)

Zumba

Image via GoGegaria / Facebook

Beramah mesra bersama artis terkenal, Elfira Loy dan ramai lagi

Image via GoGegaria / Facebook

Tangkap gambar bersama keluarga sebagai memori

Image via GoGegaria / Facebook

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menghiburkan hari anda dengan:

  • CSR di Community Booth
  • Zumba
  • E-games
  • Life performances
  • Throwback Tunnel
  • Lifestyle Sharing Session dengan selebriti tanah air

Throwback Tunnel - Tempat paling best di Gegaria dan anda WAJIB masuk! Ini masanya untuk anda mengimbau sejarah Malaysia.

Akan ada galeri berita NSTP dan semua gambar tinggalan sejarah dari tahun 1950an hingga 2000. 

Semua artwork ini telah direka khas oleh kakitangan New Straits Times Press dari AdStudio sempena meraikan pencapaian kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang. Menarik bukan?

Ingin tangkap gambar dengan background yang hipster bersama rakan dan keluarga tersayang? Di Festival #Gegaria, banyak tempat yang semestinya instaworthy!

Booth E-Games!

Booth MyGameOn eSports Zone dan game VR serta perlawanan League Of Legends anjuran Garena yang sememangnya akan menghiburkan anda semua! Yang penting, semuanya adalah PERCUMA! :)

Lebih menarik, peserta yang telah mendaftarkan diri sebagai pemain League Of Legends akan berpeluang untuk memenangi hadiah terkumpul bernilai RM10,000 dalam kejohanan East Coast Championship!

Untuk mendaftar boleh klik di link ini: League Of Legends Register

Aktiviti Zumba di waktu pagi yang bakal dikelokakan oleh Dayang Damito dan Dayang Niesa!

Meriah bukan?

Apa yang menarik kalau anda mengambil bahagian dalam aktiviti Zumba ini, anda mungkin berpeluang untuk menangi cabutan bertuah berupa seutas jam tangan jenama Suunto berjumlah RM1,299 pada setiap sesi!

Berminat untuk sign-up dan berzumba di Festival Gegaria, Kuantan nanti? Boleh klik di link ini!

Eh, bukan itu sahaja. Booth Community bakal membawakan kepada anda semua influencer terkenal serta artis tempatan tanah air.

Faiz Dickie

Image via GoGegaria / Facebook

Elfira Loy

Image via GoGegaria / Facebook

Nabila Razali untuk demo tudung tutorial

Image via GoGegaria / Facebook

Pelbagai aktiviti yang merangkumi bidang gaya hidup, demo kecantikan, kerjaya, keusahawanan, permainan, dan CSR, yang menampilkan ramai selebriti terkenal serta influencers dan instafamous seperti:

  1. JinnyboyTV - Reuben, Arwind
  2. Faiz Dickie
  3. Mira Filzah
  4. Awal Ashaari & Scha Al-Yahya
  5. Elfira Loy
  6. DeFam
  7. Noh Salleh

Lihat gambar sambutan yang begitu hangat di Festival Gegaria Shah Alam dan Johor Bahru baru-baru ini. Rugi kalau tak pergi Kuantan punya tau!

Pastikan anda blok kalendar anda dan bawa satu keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan lagi Festival Gegaria di Kuantan pada 24 Febuari nanti!

Keriangan tidak kira usia tanpa henti dari pagi sehingga malam. Memang seronok!

Derma darah di Booth yang disediakan

Image via GoGegaria / Facebook

Selain boleh berhibur dengan rakan-rakan dan keluarga, anda juga boleh menyelamatkan nyawa seseorang dengan menderma darah di booth yang telah disediakan serta menyemak status kesihatan anda.

Bila dah penat buat semua aktiviti, mesti nak take five untuk makan minum dulu kan?

Kalau anda nak tahu, Festival Gegaria ini menyajikan makanan dari kesemua 14 negeri di Malaysia!

Festival Gegaria ini bakal dimeriahkan dengan lambakan makanan tempatan dari kesemua 14 negeri. Bukan itu saja, Gegaria turut menampilkan chef selebriti iaitu Chef Fikree dan Chef Naem melalui sesi food demo.

Nak tahu senarai makanan yang bakal ada di festival ini nanti? Baca di sini: Food Truck Dan Makanan Di Festival Gegaria

Ada pula konsert penutup pada waktu malam. Anda bakal dihiburkan dengan persembahan yang begitu bertenaga oleh artis tempatan tanah air.

Noh Salleh

Image via ZahidiShafie / Facebook

Bunkface

Image via ZahidiShafie / Facebook

Antara barisan artis terkenal yang bakal menghiburkan anda di sana nanti adalah:

  • DeFAM
  • Akim & The Majistret
  • Noh Salleh
  • Kugiran Masdo
  • Bunkface

Anda boleh buat Facebook Live tau post pada Instastory masa konsert ini nanti. Memang meriah sangat. Yang penting, kali ini anda dapat tengok konsert secara PERCUMA! Bukan senang nak dapat.

Apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai serbu Festival Gegaria yang bakal diadakan di Perkarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 24 Febuari bermula jam 8 pagi sehingga 11 malam.

Jumpa anda di sana! :)

Jangan lupa follow Facebook dan Instagram Gegaria!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!