seismik

Ferrari Kuning Zizan Razak Hancur Berkecai. Benar Atau Tidak?

Baru beli dah hancur?

Cover image via astroawani.com

Kecoh apabila kereta Ferrari kuning milik Zizan Razak dikatakan berkecai disebabkan kemalangan yang berlaku di Putrajaya

Image via mstar

Kemalangan yang melibatkan pelakon dan pelawak Zizan Razak itu dikatakan berlaku semasa Zizan dalam perjalanan ke lokasi pengambaraan di Putrajaya pada Selasa lalu.

thestar.com.my

Berita ini mengejutkan ramai peminat juara Maharaja Lawak Mega 2012 itu apabila gambar kereta Ferrari kuning berkecai yang didakwa sebagai miliknya tersebar di laman sosial

Image via Astro Awani

Persoalannya, betul atau salah?

Image via photobucket.com

Pembantu peribadi Zizan, Izwan semalam memberitahu gambar kereta yang dikatakan kepunyaan Zizan itu disahkan PALSU

Image via SAYS.com

"Gambar-gambar yang tersebar tentang Ferrari kuning itu bukan milik Zizan. Selepas kecoh cerita kemalangan itu, banyak berita dan gambar palsu yang dikeluarkan," katanya dalam satu laporan oleh mStar Online.

astroawani.com

Walau bagaimanapun, memang benar ahli kumpulan Jozan itu terlibat dalam kemalangan. Tetapi, Zizan hanya mengalami cedera ringan, manakala keretanya rosak sedikit sahaja.

Image via beautifulnara

"Memang Zizan terbabit dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke lokasi penggambaran tetapi kemalangan kecil saja. Hanya ada kesan calar."

"Tak adalah rosak teruk seperti dalam gambar yang disebarkan itu. Gambar itu palsu. Lagipun sewaktu kemalangan itu berlaku, hari tak hujan. Dalam gambar itu, hari hujan," katanya lagi.

bharian.com.my

Zizan turut berkongsi gambar di Instagramnya dengan kapsyen "saya ok" mengesahkan dirinya tidak mengalami cedera parah seperti dimaklum orang ramai

Untuk makluman, kereta Ferrari kuning tersebut dibeli Zizan pada Januari lepas

Image via Sinar Harian

Selain daripada kisah kecoh orang ramai tentang pembelian kereta mewah tersebut, ia juga menggegarkan dunia seni apabila ramai yang mendakwa Ferrari kuning tersebut penyebab hubungan Zizan dan Emma Maembong rapuh.

murai.com.my

Bercakap tentang berita palsu, baca segala yang anda perlu tahu tentang produk MILO tiruan DI SINI:

You may be interested in: