seismik

[VIDEO] Mampukah Fernando Morientes 'Score' Banyak Dalam Kuiz Bahasa Melayu Ini?

"Ikan? Not Iker Casillas?"

Cover image via SAYS

8 April lalu, kami diberi peluang untuk menemuramah lagenda bola sepak Sepanyol dan Real Madrid, Fernando Morientes secara up close and personal

Penulis Seismik, Farouq Johari (kiri) bersama Fernando Morientes.

Image via SAYS

Sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak, Fernando Morientes mencapai pelbagai kejayaan antaranya:

- Juara UEFA Champions League 3 kali bersama Real Madrid
- Juara Spanish La Liga 2 kali bersama Real Madrid
- Penjaring terbanyak UEFA Champions League musim 03-04 dengan 9 gol bersama Monaco
- Dinobat sebagai 'European Striker of the Year' pada tahun 2004
- Menjaringkan 4 gol dalam Piala Dunia 2002 di Korea & Jepun bersama Sepanyol


...dan banyak lagi.

Kalau performance beliau sebagai pemain bola sepak nampak memberangsangkan, macam mana pula performance beliau dalam kuiz Bahasa Melayu yang kami bagi ni?

Image via SAYS/YouTube

Konsepnya mudah. Kami soal 10 perkataan Bahasa Melayu kepada Fernando Morientes dan beri 3 pilihan jawapan untuk setiap perkataan. Tugas Fernando adalah untuk pilih jawapan yang tepat.

Ehem, betul ke salah tu Fernando? :P

Image via SAYS/YouTube

Nak tahu sama ada Fernando Morientes dapat score banyak atau tak, lihat video penuh DI SINI:

Sebelum ini, Fernando Morientes juga berada dalam skuad Sepanyol di Euro 2004, menjaringkan satu gol menentang juara Greece. Masih ingat lagi?

Dalam peringkat akhir kejohanan Euro 2016, skuad Sepanyol sudah pun layak ke pusingan kedua dan akan menentang pasukan Itali pada Isnin jam 12 malam. Anda tentu tak mahu lepaskan peluang menonton perlawanan hebat ini.

Image via www.uefa.com

Saksikan kesemua 51 perlawanan UEFA Euro 2016 SECARA LANGSUNG dalam HD di Astro TV dan Astro on the Go dengan 'Sports Pass'. Langgani sekarang di www.astro.com.my.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sekarang layan video jejaka hijabista pulak. Memang pecah perut!

You may be interested in: