seismik

Fathia Kena Rasuk Dan Tidak Berdisiplin. Apa Jawab Fathia?

Setelah seminggu, akhirnya pelakon jelita, Nur Fathia tampil memberi jawapan mengenai kes beliau dirasuk dan khabar angin soal disiplinnya yang dikritik teruk.

Cover image via worldcdn.net

Minggu Lepas, Peminat Fathia Digemparkan Dengan Berita Mengenai Dia Dirasuk Ketika Pementasan Teater Bidasari Berlangsung

Teater Bidasari

Image via blogspot.com

Selain kelihatan kurang bermaya dan jatuh pengsan pada malam kejadian, beberapa pekerja produksi juga mendakwa melihat seorang wanita menyerupai Fathia sedangkan pelakon itu sudahpun pulang ke rumah.

syokbah.com

Ditanya mengenai kesahihan peristiwa misteri itu, Fathia yang ditemui di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur bagaimanapun tidak dapat mengulas panjang kerana dia sendiri tidak sedar dengan apa yang berlaku.

syokbah.com

Fathia Yang Memegang Watak Utama Teater Bidasari Dilaporkan Pengsan Ketika Pementasan Sedang Dijalankan

Image via mstar.com.my

Nur Fathia yang sedang menjalani pementasan dengan memegang watak utama iaitu Bidasari dikatakan pengsan di atas pentas.

malaysianreview.com

Selepas hampir satu jam pementasan berjalan, tirai tiba-tiba ditutup dan pementasan dihentikan seketika selama lima hingga sepuluh minit.

malaysianreview.com

Sebaik pementasan disambung semula, watak Bidasari yang dilakonkan Fathia sebelum itu diganti dan diambil alih pelakon lain.

ceritasemasa.com

"Saya Tidak Tahu Apa Sebenarnya Yang Berlaku," Ujar Fathia

Image via blogspot.com

"Saya tak tahu apa yang berlaku. Masa saya sedar dari pengsan, saya nampak dua orang ustaz. Saya tak pasti saya dirasuk atau apa tapi kawan-kawan cakap mereka nampak saya di belakang pentas dan macam-macam lagi perkara mistik berlaku."

ohbulan.com

"Tapi apa yang pasti badan saya habis lebam-lebam kebiruan. Nak kata kesan akibat lakonan di dalam teater tu mustahil sebab Kak Engku tak pukul saya betul-betul pun. Dia cuma letakkan kaki di atas badan saya, tu pun tak kuat dan tak sakit," jelas Fathia.

ohbulan.com

Khabar Angin Juga Tersebar Tentang Dirinya 'Buat Perangai' Semasa Penggambaran Drama "Ariana Rose" Di London

Image via ohbulan.com

Sukar dikikis label artis tidak berdisiplin daripada imej si cantik manis Nur Fathia Latiff. Malah, isu tidak menepati masa antaranya lewat datang sesi fotografi ibarat pelekat yang serasi dengan anak kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang itu.

limauais.com
Image via blogspot.com

“Dakwaan saya tidak berdisiplin dan buat hal di set penggambaran tidak tepat. Saya juga tidak pernah tidak menghafal skrip. Sebaliknya untuk memberikan yang terbaik, selalunya saya akan melakukan latihan dua tiga kali."

malaysiandigest.com

“Malah, ada juga berlaku salah faham berkenaan jadual penggambaran kerana kami tidak tinggal sebilik. Tiada istilah saya lambat sampai membiarkan Keith Foo kesejukan”

malaysiandigest.com

Fathia Enggan Dirinya Sentiasa Dilabelkan Sebagai Seorang Yang Bermasalah Dan Tidak Berdisiplin

Image via ammboi.com

"Benda ni kena diatasi dengan tenang walaupun kadang-kadang gosip yang disampaikan tidak sama dengan cerita sebenar. Bila jadi macam ni, kita cuba untuk jadi orang yang lebih baik."

ohbulan.com

"Soal kerja pula, saya jenis suka buat yang terbaik, kalau saya tak puas hati dengan sesuatu babak tu, saya akan minta untuk buat beberapa kali demi kepuasan penonton yang akan menyaksikannya nanti."

ohbulan.com
Image via blogspot.com

“Saya minta maaf sekiranya tindakan saya yang terlewat hadir ke beberapa sesi fotografi atau set penggambaran menyebabkan banyak pihak terluka. Selepas ini saya berjanji untuk memperbaiki kelemahan saya,” katanya.

limauais.com

Sedikit Info Tentang Pelakon Berumur 27 Tahun, Nur Fathia

Image via imgur.com

Nama sebenar ialah Nur Fathia Abdul Latiff. Dia dilahirkan pada 1 September 1987 dan kini berumur 27 tahun (2014).

blogspot.com

Merupakan anak kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang dan juga merupakan anak sulung daripada empat beradik.

melvister.com

Mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.

melvister.com

Drama Ariana Rose lakonan Fathia telah mencetuskan fenomena luar biasa di kalangan penonton apabila setiap kali drama siri ini bersiaran, ia berjaya mencatat kadar keseluruhan tontonan sebanyak 2.7 juta penonton.

sinarharian.com.my
Unsupported video platform

Akhbar Metro Ahad Telah Menyenaraikan 5 Artis Wanita Jutawan Malaysia

Erra Fazira Bercerai Kali Kedua

You may be interested in: