Faris Azri Kongsi Detik Cemas Rumahnya Nyaris Terbakar Gara-Gara Powerbank Meletup
Nasib baik tak ada apa yang serius.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini pempengaruh dan usahawan Faris Azri berkongsi detik cemas ketika dia dan keluarga sedang berada di rumah
Menerusi video di akaun TikTok miliknya, Faris memberitahu powerbank miliknya tiba-tiba meletup ketika dia dan keluarga sedang tidur di dalam bilik.
Kejadian itu membuatkan mereka sekeluarga terkejut dan terus menyelamatkan diri.
Dakwa punca meletup mungkin sebab terlebih cas
Faris memberitahu powerbank yang dicasnya tiba-tiba meletup sehingga mengeluarkan sedikit api sehingga mengakibatkan serpihan letupan terkena pada kakinya.
Dia juga menunjukkan kesan akibat daripada letupan tersebut. Namun dia bersyukur kerana tiada apa yang teruk berlaku kepada keluarganya.
"Kesimpulannya jangan cas powerbank masa tidur, dia meletup tu sangat kuat," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!