seismik

"Excited" - Minta Tolong Rakam Video, Reaksi Waiter Bangladesh Ini Pula Tarik Perhatian

Service terbaik!

Cover image via @nrlnaili (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita membuat kejutan sempena hari lahir insan tersayang

Perkara ini boleh membuatkan mereka yang menyambut hari lahir merasa istimewa dan dihargai. Kejutan birthday juga sering dilakukan di kedai makan.

Begitu juga dengan satu video yang tular di TikTok baru-baru ini, berkenaan satu keluarga membuat kejutan hari lahir di sebuah restoran telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nrlnaili

Sebenarnya terharu tgk pekerja asing ni. mesti dorg teringat kt family dorg yg jauh. kita boleh nampak yg dorg sgt2 excited. kdg2 dorg ni lebih menghargai customer #tiktokmalaysia

Left right x pak vong x rindu semalam x meneketehe - anantavinnie

Minta waiter Bangladesh rakam video, sekali suara dia paling kuat

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nrlnaili di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan sebuah keluarga sedang menyambut hari kelahiran di sebuah restoran.

Difahamkan, video tersebut dirakam oleh seorang waiter Bangladesh. Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila suara lelaki itu didengari sangat excited ketika menyanyikan lagu happy birthday.

“Dia punya excited nyanyi macam birthday ayah dia” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 306.4K tontonan, 38.8K tanda suka dan 722 komen di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Video tak gegar, suara pun mantap. Memang terbaik service abang waiter ni! :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: