seismik

[VIDEO] Wartawan Sebak Elyana Dedah Hidap Kanser Tahap 4 Semasa Temuramah

Penyakit itu telah dihidapinya 7 tahun lalu.

Cover image via SAYS

"Setiap hari saya takut nak tidur sebab saya takut tak jumpa anak saya esok pagi."

Begitulah luahan penyanyi bernama Elyana yang sangat terkenal dengan drama Dunia Baru di TV3 satu ketika dulu.

Memetik laporan Berita Harian, Elyana mendedahkan menghidap kanser limfoma atau kelenjar tahap empat ketika diumumkan tersingkir daripada musim keempat Gegar Vaganza keempat (GV4), malam tadi.

Dalam temubual itu Elyana memberitahu dia telah disahkan menghidap kanser tahap dua sejak 7 tahun lalu selepas melahirkan anak sulungnya, Cinta Sumayyah.

Image via Harian Metro

"Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat, oleh itu secara spontan saya membuat pengumuman mengenai kanser yang saya hidapi.

"Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan kanser Limfoma dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar.

"Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain," katanya.

Elyana memberitahu, dia mengalami fobia untuk tidur malam sejak mendapat tahu dia menghidapi kanser sehinggalah ke hari ini

"Saya fobia hendak tidur malam kerana takut tidak dapat melihat dan berjumpa dengan anak saya lagi. Itu saja ketakutan saya hampir setiap hari," kata Elyana.

Dia juga sering mengingatkan anak perempuannya itu mengenai penyakit kanser yang dihidapinya. Dia juga meminta anaknya untuk jaga kesihatan diri dan jangan membuatkan dirinya tertekan.

Persoalan mengenai ke mana hilangnya Elyana dari dunia seni satu ketika dulu terjawab apabila dia memberitahu selama ini dia perlu menjalani rawatan dan berada dalam keadaan lemah.

Elyana bersama anaknya

Image via www.gempak.com

"Saya tahu ada yang kata saya sombong tolak persembahan semua, sedangkan badan saya ketika itu sedang mengembang dan rambut gugur.

"Doktor beritahu saya ketika itu saya hanya ada setahun untuk hidup. Saya nekad berhenti kimo dan cabar diri saya untuk berjuang. Syukur umur saya panjang sampai hari ini," katanya.

Sebelum pendedahan itu dibuat, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 30 kelihatan sering memuatnaik status murung di akaun Instagram miliknya

Status-status murung itu telah dimuatnaik olehnya sejak bulan Ogos yang lalu sekaligus menjadi tanda tanya para peminat akan masalah apa yang sedang dihadapinya. 

Image via BH Online
Image via BH Online

Malah, orang ramai terkejut dan berasa ada sesuatu yang dirahsiakan penyanyi ini apabila dia memuat naik gambar dua kotak set pelengkap jenazah di laman Instagram dua hari lepas. 

Apabila ditanya mengapa dia berbuat demikian, Elyana kelihatan menjawab bahawa padanya kelengkapan jenazah itu memang perlu ada di rumahnya dan ia adalah untuk persediaan buat diri dan keluarganya. 

Suara wartawan yang menemuramah Elyana juga kedengaran sangat sebak ketika temuramah berlangsung.

Wartawan tersebut turut menyatakan perasaan sedihnya kepada Elyana tetapi ternyata Elyana hanya tersenyum dan meminta wartawan tersebut supaya tidak bersedih dengan apa yang menimpa ke atas dirinya.

"Janganlah nangis... aku okay je," kata Elyana sambil tersenyum.

Elyana mengingatkan agar pesakit kanser lain yang senasib dengannya terus berjuang melawan penyakit itu.

Tonton video temubual tersebut di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Walaupun tahu dirinya menghidap kanser, lelaki ini tetap masih kuat:

You may be interested in: