seismik

Elok Tersusun Rapi Di Rak, Wanita Tunjuk Cara Nenek Ini Lipat & Simpan Kain Dengan Kemas

Tengok rak dia teringat kek lapis.

Cover image via @adammar1819 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Melipat kain bukanlah sesuatu perkara yang susah

Namun begitu, melipat kain dengan kemas mungkin memerlukan skil tersendiri yang tidak semua orang boleh lakukan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok menunjukkan sebuah rumah mempunyai rak yang dipenuhi pakaian disusun begitu rapi.

Kemudian, hadir lagi sebuah video baharu memaparkan empunya badan yang melipat dan menyusun kain-kain tersebut menunjukkan cara melipat dan menyusun kain dengan kemas.

Lihat video tersebut di bawah:

@adammar1819 Replying to @Muaz ramai yg request nk tgk tutorial lipat kain baju kan,ok kite bagii! untk muaz jgn lupe tunaikan janji tu! hee #nohika #aachickenwing #nohcendol #puraloklok #jjcm #kelantan #manikurai #kualakrai original sound - nurulatika963

Dapat melipat kain dengan kemas tanpa gunakan apa-apa alat

Menerusi video berkenaan, wanita itu dilihat menunjukkan cara seorang nenek melipat dan menyusun kain dengan kemas.

Apa yang menarik adalah nenek itu dapat melipat kain dengan begitu kemas dengan hanya menggunakan tangannya tanpa memerlukan alat seperti pembaris seperti yang ditanyakan netizen sebelum ini.

"Nenek, I need you in my life" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 4.8M views, 252.2K likes dan 13.4 shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Harap nenek ni buat kelas, dapatlah jana side income :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: