seismik

Elakkan Beli Pewangi Cecair, Ini Rupa-Rupanya Penyebab Dashboard Kereta Anda Rosak

Patutlah, tahu-tahu je dah rosak kereta.

Cover image via @itssssssssara (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi sesiapa yang memiliki kereta, sudah pasti kita akan menjaganya sebaik mungkin bukan?

Antaranya kita akan mencuci kereta di car wash setiap minggu, mewangikan kereta dan banyak lagi supaya kereta kita kelihatan kemas dan cantik. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah posting di Twitter yang memaparkan dashboard kereta rosak akibat pewangi cecair telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Dashboard rosak dan merekah sebab pewangi cecair

Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang individu telah berkongsi keadaan keretanya yang rosak melalui akaun Twitter. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dashboard keretanya dilihat merekah. Hal itu disebabkan dia menggunakan pewangi jenis cecair dan apabila cecair itu tak sengaja tumpah, ia akan merosakkan plastik yang ada.

"Baru je jadi, aku sangkut pewangi tu hampeh betul. Dah lah kereta baru setahun, dah ada luka-luka" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 2M views, 3K retweets, 4K likes di Twitter, rata-rata netizen turut bersetuju dan berkongsi alternatif pewangi lain. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Take note guys, lepas ni kita beli yang lain pula!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: