seismik

Dulu Dipanggil Panda, Kini Bak Superstar! Transformasi Lelaki Ini Buat Ramai Tercengang

Don't give up!

Cover image via Instagram @sheikamilhisham

Setiap orang pasti mempunyai bentuk badan dan berat ideal yang diimpikan. Namun, untuk mencapai semua itu anda perlulah berusaha dan menjaga diet dengan betul.

Image via Giphy

Paling penting jika anda ingin memiliki bentuk badan ideal adalah dengan menjaga pemakanan. Bukan semua jenis makanan anda boleh makan walaupun ianya merupakan makanan kegemaran anda ya, anda perlu berkorban demi kesihatan.

Paling mudah jika anda menggunakan Piramid Makanan sebagai rujukan jenis makanan apa yang anda perlu ambil dan tidak perlu ambil. Supaya pemakanan anda lebih seimbang dan dalam masa yang sama anda mampu untuk mendapatkan berat badan ideal.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Sheik Amilhisham telah membuat transformasi yang sangat ketara dan membuatkan orang ramai terpegun dengan perubahan ini hanya dalam masa setahun!

Pada mulanya berat badan beliau adalah 111kg dan kini telah mencapai 70kg sahaja! Ingin tahu caranya? Baca perkongsian penuh di bawah:

Beliau mula mempunyai semangat untuk kurus pada 13 April 2016

Menurut Sheik, beliau mula aktif dalam bidang kecergasan secara serius pada tahun 2016. Namun pada mulanya, khidmat personal trainer yang diambil tidak menunjukkan sebarang hasil, sehingga beliau terfikir untuk mengambil pil kurus sebagai jalan mudah.

Beliau terfikir untuk berubah kerana faktor sekeliling seperti keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa bantu untuk memberikan semangat kepadanya.

Beliau pernah diejek seperti seekor anak 'Panda' oleh masyarakat, ini juga salah satu sebab beliau ingin berubah untuk jadi lebih kurus dan sihat

Pernah pada suatu masa, beliau diejek sebagai seekor anak 'Panda'. Perkara ini membuatkan semangat beliau lebih berkobar untuk berubah. Malah, ketika dalam proses untuk menguruskan badan, ada juga kritikan yang diterima. Namun, semua itu tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan transformasi ini.

Menurutnya lagi, antara sebab lain adalah faktor saiz baju yang dikatakan sukar dicari untuk orang yang berbadan besar sepertinya.

Antara jenis menu yang diamalkan dan jenis menu yang dihindarkan oleh beliau ketika proses menguruskan badan. Penting ya!

Sarapan: oat, chia seed, madu, hot green tea serta apple cider

Image via Pinterest

Makan tengahari: Ayam, ikan dan mesti ada sayur-sayuran.

Makan malam: Buah-buahan seperti kiwi, tembikai, epal, nenas, betik dan sebagainya. Tiada makanan yang berat diambil pada waktu malam.

Menurut beliau lagi, air masak wajib minum sekurang-kurangnya 3-4 liter setiap hari. Untuk menu yang perlu dihindari pula adalah dengan nasi (perlu dikurangkan), makanan yang mempunyai santan, garam, gula serta minyak.

Beliau juga ada memasukkan 'cheat day' dalam jadual pemakanannya. Jika makanan yang diambil adalah secara berlebihan, beliau akan tambah masa senaman supaya seimbang.

Apa pula rutin harian dan jenis senaman yang dilakukan?

Beliau bersenam setiap hari walaupun tidak pergi ke gimnasium. Jika terlalu sibuk dengan kerja dan tiada masa, beliau masih akan bersenam sekurang-kurangnya 15 minit sehari.

Jika beliau pergi ke gimnasium, beliau akan membuat senaman Body Pumping kerana ianya melibatkan bahagian dada hingga kaki. Selain itu, ketika membuat senaman outdoor pula, beliau akan berlari (jogging) sekurang-kurangnya satu jam, planking 5 minit, climber 1 minit, senaman perut (abs work-out) sehingga penat.

Senaman paling disukai beliau adalah senaman perut (abs work-out) kerana menurut beliau senaman ini akan menyebabkan muscle sakit dan lemak akan lebih mudah terbakar.

Beliau hanya mengambil masa setahun untuk mendapatkan berat dan bentuk badan yang ideal mengikut keputusan BMI. Hebat! :)

Menurutnya, jika ada individu yang masih baru dalam proses untuk menguruskan badan, jangan sesekali berputus asa. Memang akan ada dugaan yang mendatang, yang penting anda sentiasa berdisiplin dan rujuk kepada pakar jika perlu. Pastinya keputusan yang anda dapat akan memuaskan hati!

Sebelum dan selepas

Image via Instagram @sheikamilhisham

Jika Sheik berjaya sahut cabarannya sendiri, anda bila lagi? :)

Image via Tumblr

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara perkongsian menarik di SEISMIK:

You may be interested in: