seismik

Penantian 12 Tahun Berakhir! 'Dukun' Akan Menghantui Pawagam Bermula 5 April Ini

Confirm naik bulu roma!

Cover image via Astro Shaw / YouTube

Misteri 'Hantu Kebaya Merah' akhirnya terjawab! Rupa-rupanya, video yang viral pada minggu lepas itu merupakan satu usaha promosi untuk filem Dukun.

Image via klick.my

Nampaknya, usaha promosi itu memang menjadi. Video berkenaan mendapat perhatian dan menjadi sebutan orang ramai di media sosial setelah dimuat naik pada minggu lepas.

Ada ura-ura sebelum ini yang menyatakan bahawa video itu merupakan strategi pemasaran bagi sebuah filem yang bakal keluar tidak lama lagi. Namun, khabar angin itu tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Sekarang, segalanya sudah pasti

Semalam, Astro Shaw memuat naik treler penuh filem Dukun di akaun YouTube dan sehingga kini telah mendapat lebih 22,500 tontonan.

Menariknya, di akhir treler seram ini ada tertulis, "Dukun, akhirnya kita bertemu."

Saksikan di bawah:

Ungkapan atau tagline itu dipakai seolah-olah menandakan penantian selama 12 tahun untuk filem ini mendapat kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF)

Proses penggambaran filem Dukun telah berlangsung pada tahun 2006 lagi dan dijangka akan ke pawagam pada 2007 pada waktu itu.

Malangnya, filem ini tidak melepasi piawaian dan LPF serta-merta mengharamkannya gara-gara kisahnya yang mungkin menyentuh sensitiviti keluarga dan sesetengah pihak.

Filem penuh kontroversi ini diadaptasi daripada kes pembunuhan berprofil tinggi membabitkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa pengamal ilmu hitam.

Dukun memaparkan kisah perihal ketaksuban manusia terhadap kekayaan, kuasa, kecantikan, keremajaan abadi, dan darah yang tumpah dalam mengejar semuanya.

Siap sedia semua! Dukun akan menghantui pawagam di seluruh Malaysia mulai 5 April ini.

Selain Datin Paduka Umie Aida, filem arahan Dain Said ini turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Adlin Aman Ramli, Namron, Faizal Hussein, Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Mislina Mustafa, Soffi Jikan, Hasnul Rahmat, Elyana, dan ramai lagi.

Untuk Makluman, Dain Said merupakan pengarah filem Bunohan yang pernah dinobat sebagai pemenang Anugerah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM-25) pada 2013. Jadi, filem Dukun pastinya sama hebat dan tidak akan mengecewakan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Macam-macam cara promosi zaman sekarang ya:

Baca ini juga:

You may be interested in: