seismik

"Duit Baki Auto Jadi Isteri Punya" - Perkongsian Lelaki Ini Buat Para Suami Boleh Relate

Duit suami = duit isteri.

Cover image via @abdullahjamadi (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, cabaran utama dilalui oleh pasangan pastinya mengenai kewangan bukan?

Ketika bujang hanya menyara diri sendiri sahaja. Tetapi, bila sudah bekeluarga, pastinya perihal kewangan akan menjadi lebih diteliti.

Iyalah, sudah menjadi tanggungjawab seorang suami untuk memberi wang dan keperluan secukupnya untuk isteri dan anak-anak supaya hidup lebih selesa.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang lelaki bertanya mengenai duit baki kepada isterinya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Beli barang hanya RM40 sahaja, tapi duit baki si isteri yang pegang

Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan suami isteri ini berada di sebuah restoran makanan.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila melalui kapsyen videonya, dia berkata "duit baki auto jadi duit isteri". Hal ini kerana, barang yang dibeli hanya RM40 dan dia memberikan isterinya RM100. 

Tetapi bila ditanya mengenai duit baki, si isteri dengan selamba menyimpan duit tersebut. Malah, dia siap bertanya semula kepada suaminya "Kenapa? Awak nak ke duit tu?".

"Kita para suami memang faham sangat bang. Beli RM50, bagi RM100 pun tak ada baki" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 455.1K views, 19K likes dan 1,143 comments di TikTok. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen khususnya para suami turut mengalami pengalaman yang sama.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alah, bila lagi nak sedekah untuk isteri kan bang? :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: