seismik

Dua Lagi Kadet Malaysia Berjaya & Terpilih Ke Akademi Tentera Amerika Syarikat. Tahniah!

Selamat maju jaya.

Cover image via U.S. Embassy Kuala Lumpur (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Selepas kejayaan empat anak muda tanah air berjaya menamatkan pengajian di Akademi Tentera Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini

Hari ini, 9 Jun 2021 secara rasminya dua lagi kadet Malaysia berjaya dipilih memasuki Akademi Tentera AS pada tahun ini.

Menurut sumber, dua kadet terbabit, Mohamad Khairel Adha Mohad Khairee dan Nicholas Ong Yong Xen dipilih daripada calon seluruh dunia yang bersaing untuk mendapatkan tempat dalam akademi itu.

Mohamad Khairel akan memasuki Akademi Tentera Udara AS dan Nicholas akan mendaftar di Akademi Tentera Laut AS yang mana mereka akan menghabiskan pengajian selama empat tahun di sana.

Mohamad Khairel Adha Mohad Khairee.

Image via U.S. Embassy Kuala Lumpur (Facebook)

Nicholas Ong Yong Xen.

Image via U.S. Embassy Kuala Lumpur (Facebook)

Sendiri memohon memasuki akademi itu sebanyak dua kali sebelum berjaya

Mohamad Khairel berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kedutaan AS kerana membantunya sehingga berjaya memasuki akademi itu.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tenaga pengajar yang melatih selama ini dan menjadikan saya orang yang lebih baik.

"Ini adalah peluang keemasan kepada saya dan dapat mempelajari kehidupan baru dalam ketenteraan udara yang mana saya banyak belajar dan mendapat pengalaman baru ketika memohon untuk diterima masuk ke akademi ini," katanya.

Mohamad Khairel turut menitipkan pesanan kepada individu yang berminat menyertai akademi itu supaya tidak mudah berputus asa sehingga peluang itu muncul.

Katanya, dia sendiri memohon memasuki akademi itu sebanyak dua kali sebelum berjaya.

"Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan menjadi pemimpin yang baik dalam TUDM selepas tamat pengajian.

"Saya juga berharap impian menjadi juruterbang TUDM tercapai seterusnya membanggakan keluarga dan negara," ujarnya.

Lalui proses yang sangat panjang sebelum diterima masuk ke akademi itu

Sementara itu, Nicholas memberitahu, ia satu proses panjang sebelum diterima masuk ke akademi itu, selain memerlukan komitmen dan kerja kuat yang tinggi.

"Ketika belajar di Maktab Tentera Diraja (MTD) saya memang tertarik untuk menyambung pelajaran di Akademi Tentera Laut AS (USNA) dan sudah membuat persediaan supaya dapat diterima masuk ke sini.

"Saya lihat USNA dapat meningkatkan tahap kepemimpinan, latihan ketenteraan, etika dan meningkatkan kemahiran saya," katanya.

Dia turut berterima kasih kepada keluarga kerana memberi sokongan dan mengajarnya supaya sentiasa merendah diri serta berusaha mendapat keputusan yang terbaik dalam apa jua dilakukan.

"Terima kasih juga kepada semua pihak termasuk panel pemilih yang memberi peluang menjadi seorang daripada peserta akhir ke USNA.

"Saya berjanji akan buat yang terbaik dan membanggakan negara," ujarnya.

Sebagai rekod, kini seramai 34 rakyat Malaysia telah lulus dari empat akademi tentera AS dengan kadet pertama menghadiri kelas pada 1971.

Tahniah sekali lagi diucapkan, semoga terus maju jaya dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi kisah inspirasi dan kejayaan rakyat Malaysia:

You may be interested in: