seismik

"Sanggup Pisahkan Kakak Dengan Suaminya" - Tonton Drama Ikatan Cinta Mulai Esok Di TV9

Drama penuh konflik.

Cover image via TV9 Malaysia

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa je tak pernah tengok drama sinetron dari Indonesia bukan? Jalan cerita yang best dan plot tidak pernah mengecewakan para penonton mereka

Terbaru, drama popular dari Indonesia iaitu Ikatan Cinta bakal ditayangkan di TV9 bermula 26 Januari 2022.

Ikatan Cinta mengisahkan tentang dua beradik iaitu Andin dan Elsa yang mencintai lelaki yang sama iaitu Nino. Hubungan mereka menjadi semakin buruk selepas Elsa mendapat tahu bahawa Nino akan mengahwini kakaknya sendiri, Andin.

Hubungan Nino dan Andin mendapat restu daripada Pak Surya tetapi dihalang oleh Elsa dan Bu Sarah. Walaupun Nino hanyalah bekas teman lelakinya, tetapi Elsa masih menaruh harapan dan mengharapkan cinta Nino. Namun begitu, malangnya hati lelaki itu sudah dimiliki oleh Andin.

Image via TV9 Malaysia

Drama yang penuh dengan emosi ini pasti akan membuatkan penonton geram

Elsa merupakan anak bongsu dalam keluarga malah Bu Sarah sangat menyayangi puteri kesayangannya itu. Apa yang diingini Elsa pasti akan dituruti.

Oleh sebab itu, Elsa mula mengambil kesempatan dengan merancang pelbagai cara licik untuk menghancurkan hubungan kakaknya dan Nino. Tetapi siapa sangka, selepas bernikah, Elsa sekali lagi merancang untuk meruntuhkan rumah tangga mereka.

Nak tahu cerita selanjutnya? Jangan lupa untuk tonton Ikatan Cinta yang akan ditayangkan TV9 bermula 26 Januari 2022 (Isnin hingga Khamis) jam 7.40 malam.

Image via TV9 Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: