seismik

Disamakan Muka Dengan Pegawai Polis Langgar Pelajar SPM, Cikgu 'Basuh' Student Ini

Tak baiklah cakap macam itu.

Cover image via @naufnl (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan berita yang menyayat hati selepas dipercayai seorang polis melanggar pelajar sekolah sehingga meninggal

Kisah kematian Muhammad Zaharif yang meninggal dunia selepas dilanggar lari kenderaan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru di Ipoh sememangnya menyayat hati ramai.

Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, meninggal dunia selepas dipercayai diseret kereta yang melanggarnya sejauh lebih lima meter, kira-kira 12.30 tengah hari.

Suspek merupakan seorang pegawai kanan polis berusia 44 tahun kini ditahan dan masih dalam siasatan lanjut. Malah, gambarnya juga sudah tersebar di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan ramai.

Terkejut pelajar samakan muka dengan suspek

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan yang juga seorang guru ketika itu sedang mengajar secara dalam talian pada pelajarnya.

Namun, salah seorang daripada mereka memberitahu yang mukanya sama seperti suspek iaitu pegawai polis yang melanggar pelajar SPM tempoh hari.

Kata-kata pelajar itu membuatkan dia terkejut dan terdiam seketika kerana tidak menyangkakan perkara berkenaan.

Dia juga ada meluah sedikit rasa kecewanya pada pelajar tersebut dan memberitahu untuk lebih menghormati seseorang. Walaupun begitu, dia tidak menyebut nama pelajar berkenaan kerana takut dia akan malu kelak.

"Respect is to be earned, not to be given," katanya.

"Masa belajar dulu aku nak bergurau dengan guru pun tak berani" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.6M views, 130.6K likes dan 1,508 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@naufnl "Respect is to be earned, not to be given" - sir halim/ sir koala #form3 #uasa #kssm #upsa #pt3 #mcplus #plusianfluencer #sirhalim original sound - naufnl

Siapa je suka bila disamakan muka dengan orang yang buat salah kan :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: