Dirantai Hampir Setahun, Polis Selamatkan 3 Warga Indonesia Dikurung Dalam Kondo Di Penang
Mereka dipercayai dikurung di rumah berkenaan hampir setahun dengan kaki diikat rantai besi pada jeriji tingkap.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Polis Pulau Pinang berjaya menyelamatkan tiga lelaki warga Indonesia ditemui dirantai di dalam sebuah kondominium di Jalan Dr Wu Lien Teh, Georgetown
Menerusi laporan Berita Harian, ketiga-tiga mangsa disyaki telah dikurung selama setahun di dalam rumah terbabit dengan kaki diikat rantai besi pada jeriji tingkap.
Penemuan itu berjaya dilaksanakan susulan terdapat sebuah laporan dilakukan oleh seorang lelaki warga Indonesia dari Acheh mencari ahli keluarganya yang hilang tanpa jejak selepas setahun.
Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan termasuk mengenal pasti apakah motif mangsa dikurung serta penglibatan suspek lain.
Tiga mangsa yang diselamatkan polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Dr Wu Lien Teh.
Image via Buletin TV3Salah seorang mangsa sempat menghantar lokasi tempat dikurung kepada keluarganya di Acheh
Selain pasport-pasport mangsa dipegang oleh seorang suspek atas alasan bagi mendapatkan pekerjaan, mereka juga difahamkan tidak mengenali antara satu sama.
Mangsa-mangsa tersebut dikatakan dapat ditemui setelah salah seorang daripadanya berjaya menghantar lokasi keberadaan kepada keluarganya yang kemudiannya hadir membuat laporan polis.
Susulan daripada penyelamatan ini, empat individu termasuk wanita warga asing direman selama empat hari bermula 11 hingga 14 Jun.
Perintah reman terhadap semua suspek yang berusia antara 40 hingga 55 tahun itu dikeluarkan Majistret Azlan Basri di Mahkamah Georgetown, bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 344 Kanun Keseksaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!