seismik

Diploma, Asasi, Matrikulasi Atau Form 6? Buat Lepasan SPM, Anda Wajib Baca Ini!

Baru senang pilih nak lanjutkan pelajaran dekat mana nanti!

Cover image via Hello Doktor & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia baru sahaja dikeluarkan hari ini dan sudah pasti ramai pelajar SPM sedang memikirkan ke mana hala tuju mereka selepas ini bagi melanjutkan pengajian

Diploma, Asasi, Matrikulasi dan Tingkatan Enam telah menjadi destinasi utama bagi pelajar lepasan SPM yang mahu menyambung pengajian ke peringkat seterusnya.

Kadangkala ada juga situasi di mana lepasan SPM tidak tahu antara destinasi tersebut, yang mana satukah sesuai mengikut keputusan peperiksaan mereka terima.

Jadi, kali ini kami akan kongsikan kepada anda khususnya pelajar lepasan SPM, perbezaan antara empat hala tuju pendidikan selepas SPM berkenaan bagi anda membuat pilihan mengikut kesesuaian masing-masing.

Image via giphy.com

1. Diploma

Program Diploma adalah berada di bawah pengendalian dan pengurusan pihak universiti boleh dimohon melalui UPU.

  • Program peringkat diploma ini kebiasaannya mengambil masa 3 tahun
  • Kursus peringkat diploma ini telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu sejak awal lagi. 
  • Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan.
  • Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung oleh pelajar sendiri.
  • Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus memohon pekerjaan ataupun meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.

Mereka perlu membuat permohonan melalui UPU bagi mengikuti program peringkat ijazah namun begitu, terdapat juga universiti yang menyerap masuk lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah sekiranya syarat kelayakan yang ditetapkan telah dipenuhi.

Image via Blogspot

2. Asasi

Program Asasi diurus oleh universiti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi boleh dimohon melalui UPU.

  • Program asasi dipecahkan kepada beberapa jurusan yang khusus.
  • Tempoh pengajian Asasi biasanya mengambil masa antara satu hingga dua tahun.
  • Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada kursus pengajian peringkat ijazah yang mempunyai kaitan rapat dengan program asasi tersebut.
  • Yuran pengajian dan penginapan adalah tanggungan pelajar sendiri di mana sebahagiannya disubsidi oleh Kerajaan.
  • Jumlah bayaran yang dikenakan ketika pendaftaran pelajar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan.

Antara pusat pengajian yang menyediakan program asasi ialah Pusat Asasi UiTM ataupun Centre of Foundation Studies (UiTM). Bertujuan menyediakan pelajar untuk mengikuti program ijazah di UiTM, program pra-ijazah akademik yang ditawarkan ialah Asasi Kejuruteraan (Kejuruteraan), Asasi Undang-undang (LAW), Asasi Sains (Sains) dan Asasi TESL (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua).

Selain itu, universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di universiti yang menawarkan program asasi sendiri merupakan pilihan terbaik buat pelajar.

Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Bagi lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

3. Matrikulasi

Program ini dikatakan antara fast track ke pengajian peringkat ijazah seperti STPM dan asasi. Matrikulasi adalah satu program di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) yang hanya layak kepada pelajar bumiputera sahaja.

  • Ia terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun serta mempunyai empat jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal.
  • Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar mengikut jurusan yang ditetapkan.
  • Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semester.

Bagi pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang, mereka berpeluang lebih cerah untuk melanjutkan pengajian ke program ijazah.

Lulusan matrikulasi perlu membuat permohonan melalui UPUOnline jika berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.

Image via walsnet

4. Tingkatan Enam

Pelajar Tingkatan Enam bakal menduduki peperiksaan STPM yang kini sistem pembelajarannya telah berubah dengan mengikut konsep semester seperti di universiti.

  • Tempoh pengajian yang dilaksanakan adalah selama setahun setengah iaitu tiga semester.
  • Pengambilan pelajar Tingkatan Enam sangat mudah dan yuran pengajian juga lebih murah berbanding institusi yang lain.

Antara kelebihan yang boleh lepasan SPM peroleh apabila memasuki Tingkatan Enam adalah:

  • Sijil STPM yang diperoleh adalah diiktiraf dan boleh digunakan bagi kemasukan ke majoriti universiti di serata dunia.
  • Sijil STPM juga dapat digunakan untuk memohon kerja kerajaan mahupun swasta.
  • Pointer yang diperlukan untuk memasuki universiti menggunakan kelulusan STPM tidak tinggi berbanding kursus matrikulasi, diploma, pra-u dan sebagainya kerana ciri akademiknya yang hampir setaraf dengan universiti.

Image via Facebook

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: