seismik

Didakwa Sertai Event 'Scam', Wanita Ini Tampil Pertahankan Maryam & Jelaskan Isu Sebenar

Harap semua dapat penjelasan ini.

Cover image via @monsterious (Twitter) & @latelateshow (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kejayaan Maryam Muzamir memenangi tiga pingat emas dalam pertandingan inovasi dan reka cipta yang berlangsung di Toronto, Kanada pada Ogos lalu ternyata telah mendapat perhatian ramai

Dia yang berumur 11 tahun dari Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist itu beroleh kejayaan dalam pertandingan inovasi dan reka cipta terbesar di benua Amerika Utara itu selepas mencipta inovasi makanan haiwan daripada kulit udang dan siput sedut.

Kejayaan itu telah membuatkan dia mengenepikan 600 peserta lain dari 70 negara dan menjadi pemenang termuda dalam pertandingan itu.

Malah, dia turut mendapat perhatian dunia daripada rancangan TV terkenal iaitu The Late Late Show With James Corden melalui akaun Twitternya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Walau bagaimanapun, kejayaan Maryam 'dituduh' sebagai mencurigakan oleh seorang pengguna di Twitter

Tular di Twitter baru-baru ini mengenai seorang individu yang menyatakan anugerah yang disertai Maryam adalah anugerah scam.

Malah, individu tersebut memberitahu dia tidak mengetahui anugerah itu walaupun dia tinggal di Toronto. Dikatakan organisasi yang menjadi hos kepada anugerah itu iaitu Toronto International Society of Innovation & Advanced Skills (TISIAS) agak mencurigakan.

Individu itu juga mendakwa berdasarkan alamat organisasi itu tiada satu pun bangunan yang berpotensi untuk didiami oleh satu organisasi ‘inovasi’ yang besar. Ia kerana kawasan itu adalah perumahan.

Disebabkan hal itu, seorang wanita tampil untuk memberikan penjelasan di akaun Twitternya.

Menurutnya, Maryam sebelum ini telah menang CITREX 2020, CITREX 2021 anjuran UMP dan IRIE 2021 anjuran UITM. Dia juga memberitahu perkara berkenaan boleh disemak dengan penganjur jika mahukan pengesahan dan memerlukan yuran jika mahu masuk bertanding.

Lihat penjelasannya itu di bawah:

Malah, dia turut berkongsi mesej di antara Muzamir iaitu bapa Maryam bersama seorang pegawai yang bertanggungjawab mengenainya.

Lihat sambungan itu di bawah:

Semoga semuanya baik-baik saja dengan penjelasan yang diberikan :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: