seismik

"Dia Mai Dah Kat Sini" - Lelaki Pura-Pura Kemalangan, Baring Atas Depan Kereta Di Penang

Perbuatan lelaki terbabit didakwa dilakukan bagi mendapatkan duit daripada pemandu.

Cover image via Penang Kini (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di Facebook memaparkan seorang lelaki dilihat sengaja merebahkan badan di atas bonet hadapan kereta di Queensbay Mall, Penang

Menerusi hantaran perkongsian Penang Kini itu, lelaki terbabit dilaporkan datang ke arah sebuah kereta dan terus merebahkan badannya di atas bahagian depan kenderaan tersebut.

"Semalam dekat parking Queensbay dari mana entah dia datang, nampak kereta lalu sahaja terus dia pergi baring depan kereta orang.

"Buat-buat macam gila nak pau duit orang rasa tu. Harap hati-hatilah, kalau jumpa pastikan pergi call polis terus," tulis akaun itu.

Mendapat perhatian ramai yang mengatakan kegiatan tersebut datang dari luar negara

Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-rata daripada netizen mengatakan apa yang dilakukan terbabit adalah sebuah 'penyakit' yang datang dari luar negara.

"Dah tersebar dah penyakit ni, terima kasih US dan China, kita bukan sahaja bertukar barang dagangan, budaya pun terikut sekali," kata salah seorang netizen.

Menurut salah sebuah komen pada hantaran itu, jika berlakunya perkara sebegini, dashcam merupakan benda yang penting untuk tujuan keselamatan.

"Kalau terjadi macam ni tolong lah bunyikan hon lama-lama. Satu lagi dashcam sangat-sangatlah penting. Kereta lama atau baru pasanglah dashcam untuk keselamatan sendiri," tulisnya.

Lihat antara komen di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: