Derma Kasut Sukan Anda Di Running Lab & Terima Baucar RM150 Sehingga 30 April Ini!
Yang banyak stok kasut sukan tu bolehlah derma dekat sini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pening banyak sangat kasut dekat rumah yang dah tak terpakai?
Haa, inilah masanya untuk anda let go kasut-kasut sukan itu kepada yang lebih memerlukan. Tetapi, lepas derma anda pun akan dapat 'habuannya' juga! Nak tahu macam mana cara dia?
Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini Running Lab Malaysia ada menganjurkan kempen derma kasut iaitu Project Love Sneaker, dari 1 hingga 30 April ini.
Projek tersebut adalah kerjasama dengan The Salvation Army Malaysia, bertujuan untuk memberikan kasut sukan pre-loved yang disokong oleh organisasi.
Setiap baucar adalah sah untuk kasut berharga biasa, tidak termasuk sandal dan tidak boleh digabungkan dengan diskaun atau promosi lain.
Projek itu menerima pelbagai jenis kasut larian yang bersih dan boleh digunakan semula, termasuk kasut larian kanak-kanak
Walau bagaimanapun, kasut kanvas seperti Converse atau Vans, kasut bola, kasut getah seperti Crocs dan boot tidak sesuai untuk kempen ini.
Selain itu, kasut yang mempunyai lubang di tapak atau bahagian atas dan mempunyai tapak yang haus akan ditolak.
Anda boleh mendermakan kasut sukan pre-loved anda di mana-mana kedai Running Lab Malaysia, termasuk lokasinya di 1 Utama, The Gardens Mall dan Sunway Pyramid. Dapatkan senarai penuh kedai yang mengambil bahagian di sini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!