seismik

Tidak Mempunyai Lesen Yang Sah, Sebuah Premis Rumah Urut 'Gay' Diserbu DBKL

Semua yang terlibat dikenakan tindakan.

Cover image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak untuk menutup premis urut yang beroperasi tanpa lesen di Warisan City View, Cheras

DBKL menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) telah melaksanakan Operasi Tindakan Khas Terhadap Premis Urut (GAY) pada petang semalam.

Perkara ini disebabkan berlakunya aktiviti tidak bermoral di tingkat dua premis yang merangkumi lapan buah bilik. Premis berkenaan dijadikan tempat urut dan aktiviti seks sejenis. Bukan itu saja, premis tersebut juga didapati tidak mempunyai lesen yang sah.

Siasatan mendapati bahawa semua yang ditahan dalam golongan bukan warganegara

Semua yang terlibat termasuklah lima orang warga Vietnam, Syria dan Indonesia sebagai tukang urut. Dua orang lagi merupakan warga Myanmar sebagai pelanggan dan seorang warga Indonesia merupakan penjaga premis. Mereka telah ditahan dan kes ini masih dalam siasatan. 

Tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan 1 notis kompaun di bawah UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan tindakan sita 25 pelbagai peralatan premis turut digunakan seperti kondom, minyak pelincir dan lain-lain peralatan.

Tindakan menutup premis serta merta turut dilakukan ke atas premis tersebut menerusi Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Selain itu, tindakan berkenaan juga dilakukan mengikut peruntukan undang-undang, bidang kuasa serta prosedur operasi standard (SOP) DBKL.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menari di SAYS Seismik:

You may be interested in: