seismik

Datuk Siti Nurhaliza Tunaikan Hasrat Anak Mangsa Nahas DUKE Untuk Bertemu Dengannya

"InsyaaAllah...pasti bertemu" kata Datuk Siti Nurhaliza. Saksikan gambar dan video pertemuan antara Datuk Siti Nurhaliza dan Nur Fizura Amira di sini.

Cover image via thestar.com.my

Pasti ramai yang sedia maklum tentang kejadian nahas jalanraya, Sabtu lalu di Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE) yang meragut nyawa sepasang suami isteri dan bayi mereka yang berusia tujuh bulan

Image via Astro Awani

Kejadian itu menyebabkan mangsa, Fairuz Nizam Husain, 35, dan isteri Nova Safitri Azhari, 25 serta anak bongsu mereka maut, meninggalkan dua anak perempuan mereka yang kini dijaga oleh nenek dan pak cik mereka.

mstar.com.my

Pelbagai gambar dan video yang memaparkan kesedihan Nur Firuza Amira, 7, dan adiknya Nur Firuza Aqila, 4, telah tersebar dan menjadi viral di laman sosial

Image via rakyatnews.my

Salah satu video yang menjadi viral memaparkan Nur Firuza Amira meluahkan hasratnya untuk bertemu dengan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza

Setelah mengetahui tentang video tersebut, Datuk Siti Nurhaliza membuat keputusan untuk melawat adik-beradik itu di kediaman keluarga mereka

Image via bernama.com

"Setelah mengetahui tentang berita kemalangan tersebut, memang saya ingin bertemu dengan dua beradik ini. Malah, ribuan peminat saya telah meletakkan tag pada Instagram saya bersama pautan kepada video itu,"katanya.

astroawani.com

Datuk Siti turut berkongsi rasa pilu dan tersentuh apabila bertemu Amira dan Aqila, namun beliau menyembunyikan perasaannya

"Saya tidak mahu menangis di depan mereka. Mereka telah lalui dugaan berat ini yang kita terima sebagai suratan takdir. Namun kita harapkan mereka tabah dan dapat menempuh hari-hari mendatang dengan lebih baik," katanya lagi.

astroawani.com

Selepas video Nur Amira berhasrat bertemu Datuk Siti menjadi viral, terdapat beberapa spekulasi dibuat di laman sosial yang menyatakan bahawa Datuk Siti ingin mengambil Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqila sebagai anak angkat

Walau bagaimanapun, Datuk Siti menafikan laporan yang dibuat oleh sesetengah pihak itu

"Itu tidak benar. Perkara ini baru berlaku dan kita harus menghormati perasaan keluarga terdekatnya. Amira tetap akan bersama keluarga dan saudara-maranya, dan saya sekadar membantu setakat yang mampu," jelas Datuk Siti.

astroawani.com

Selain daripada Datuk Siti Nurhaliza, beberapa artis tempatan seperti Beto Kusyairi dan Zizan Razak turut menziarahi dua beradik itu

Image via SAYS.com

Laporan penuh tentang kejadian nahas Lebuhraya DUKE boleh dibaca DI SINI:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: