seismik

Dato' Siti Nurhaliza Dan Rozita Che Wan Sokong Tun Mahathir

"Love u Tun & sentiasa bersama Tun," tulis Dato' Siti Nurhaliza di Instagram.

Cover image via SAYS.com

Ramai yang sudah sedia maklum tentang kritikan Tun Mahathir yang dilihat berterusan mencemuh Najib serta mempersoal pentadbiran kerajaan termasuk menyentuh isu 1MDB dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu

Image via dailyrakyat.com

Najib bagaimanapun mendapat sokongan padu daripada Pergerakan Pemuda UMNO yang menyatakan taat setia mereka yang tidak berbelah bagi

Ketuanya, Khairy Jamaluddin ber­kata, sokongan itu dibuat bersandarkan merit selepas mende­ngar sendiri penjelasan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO mengenai isu berbangkit terutama yang diketengahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Moha­mad.

utusan.com.my

Namun begitu, Najib tidak boleh berasa terlalu selesa kerana orang ramai sudah mula menunjukkan sokongan mereka terhadap Tun Mahathir.

Antaranya ialah penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Siti melalui Instagram memuat naik satu gambar Tun M dengan meletakkan kapsyen "Love u Tun & sentiasa bersama Tun."

Selain itu, pelakon popular Rozita Che Wan atau dikenali sebagai Che Ta juga menunjukkan sokongannya terhadap Tun Mahathir di Instagram

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata pengikut kedua-dua selebriti ini tidak melepaskan peluang menzahirkan sokongan mereka kepada Bapa Pemodenan Negara

Bukan setakat selebriti, bekas naib presiden UMNO yang kini ahli PAS, Tan Sri Muhammad bin Haji Muhammad Taib turut meyakinkan Tun M beliau tidak keseorangan dalam mempersoalkan kecelaruan pentadbiran Najib

Kata Tan Sri Muhammad bin Haji Muhammad Taib, majoriti rakyat tetap bersama bekas perdana menteri itu.

"Dr Mahathir bukan sendirian. Majoriti besar mengikuti, dan apa yang ditanya Dr Mahathir belum dijawab, malah perdana menteri mencari penyokong untuk menunjukkan kekuatannya."

"Tak ada apa yang nak disorakkan sebenarnya. Saya rasa majoriti senyap ini memerhati dan mereka mendengar apa yang disuarakan Dr Mahathir," jelasnya.

themalaysianinsider.com

Sokongan mula ditunjukkan apabila Tun M meluahkan perasaan beliau di blognya

"Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah. Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya. Saya fikir jika diadakan soal jawab melalui TV tentulah kerana ingin beritahu rakyat, bukan saya sahaja." tulis Tun M di blognya.

themalaysianinsider.com

Selepas menerima tohmahan hebat, Najib tampil menjawab segala kritikan Tun M minggu lalu. Di sini kami kumpulkan 8 perkara TERPENTING untuk anda tahu:

Tun M bagaimanapun mengaku terlalu sukar untuk dirinya membangkang Najib, tetapi beliau perlu lakukan juga:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: