seismik

[Dashcam] Warga Emas Dirempuh Lori Ketika Melintas Keluar Dari Masjid Selepas Solat Jumaat

Kejadian berlaku di depan Masjid Jamek Kampung Jeram, Kampar Perak.

Cover image via

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular di media sosial baru-baru ini rakaman dashcam yang menunjukkan seorang warga emas maut dirempuh lori ketika menunggang motosikal keluar dari perkarangan sebuah masjid di Kampar, Perak

Rakaman itu menunjukkan warga emas berkenaan sedang perlahan-lahan melintas keluar dari Masjid Jamek Kampung Jeram, Kampar, Perak dengan menaiki motosikal sebelum dirempuh oleh sebuah lori muatan berat.

Image via @bckupacc99 (X)

Dalam satu laporan, Rohaiza Mazlan, 33, berkata mangsa sempat menyumbangkan pisang hasil tanaman sendiri untuk jemaah masjid itu sebelum kejadian tersebut berlaku

Menurutnya lagi ia adalah hasil pertama tanaman pisang berangan dari kebun kecil yang diusahakan arwah bapanya itu, Mazlan Ahmad, 68, di belakang rumah mereka yang terletak kira-kira dua kilometer (KM) dari masjid.

"Ayah membawa sekali pisang berangan hasil sulung pokok yang ditanamnya sendiri di kebun belakang rumah. Ayah memang sudah berniat hendak sedekahkan pisang ke masjid bila sudah masak.

"Kawan-kawan masjid ayah kata semalam dia nampak gembira lain dari kebiasaan, bahkan dikatakan juga membantu bentangkan sejadah untuk persiapan solat Jumaat, selain solat sunat.

"Lepas solat Jumaat biasanya ayah jadi antara orang paling akhir keluar masjid sebab dia suka bantu jawatankuasa masjid mengemas, tetapi semalam dia nampak macam terburu-buru hendak balik awal," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Gua Sanding, baru-baru ini.

Image via hmetro.com.my

Allahyarham menunjukkan kelakuan ganjil apabila meminta isterinya memasak hidangan laksa malam sebelum kejadian walaupun arwah tidak menggemari makanan itu

Menurut Rohaiza, bagaimanapun ibunya Rokiah Taharin, 73, menuruti permintaan tersebut.

"Bila terjadi kejadian begini, baru kami sedar yang laksa itu sebenarnya bukan untuk dia (ayah), tetapi untuk adik-beradiknya iaitu pak cik dan mak cik saya memandangkan mereka memang sukakan laksa.

"Ayah macam beri petanda yang adik-beradiknya semua akan balik dan berkumpul hari Jumaat untuk menghadiri pengebumiannya," katanya.

Jenazah Mazlan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jeram, di sini sekitar 10 malam tadi (Jumaat).

Rakaman dashcam seperti di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: