seismik

Dari Keding Ke Sado, Lelaki Ini Kongsi Tips Ringkas Naikkan Berat Badan Ke Tahap Ideal

Dia telah menambahkan berat badan dari 55 kg kepada 64 kg.

Cover image via Twitter @syam131

Setiap orang pasti mendambakan berat badan yang sempurna dan ideal, sama ada lelaki mahupun perempuan

Jika badan terlalu berat, boleh membahayakan kesihatan dengan penyakit-penyakit seperti obesiti, kencing manis dan sakit jantung. Namun, jika badan terlalu kurus, pasti merunsingkan kerana turut dianggap sebagai tidak sihat kerana kekurangan zat.

Image via Plimbi

Perlu disedari bahawa tidak semua lemak itu berbahaya kerana menyimpan lemak dalam badan merupakan salah satu cara tubuh dapat berfungsi dengan kadar maksimum.

Lemak yang baik juga memainkan peranan penting untuk perkembangan otak, mencegah inflamasi dan pembekuan darah. Walau bagaimanapun, bukan semua orang beruntung bahkan ramai orang kekurangan lemak dan sukar untuk menambah berat badan.

Seorang pengguna Twitter @syam131 telah berkongsikan beberapa tips ringkas bagi menambahkan berat badan

Baca perkongsiannya di bawah:

Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk naikkan berat badan:

1. Makan banyak

2. Makan banyak kali

3. Makan makanan berkalori tinggi

4. Makan banyak protein

5. Lebihkan makanan berbentuk cecair dari pepejal

6. Jangan lupa bersenam

7. Paling penting, kena consistent

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kenapa susah sangat nak naik berat badan?

Bagi yang nak turunkan berat badan, boleh ikuti tips-tips di bawah:

You may be interested in: