Dakwaan Guru Tak Dapat Cuti Kahwin, JPN Negeri Sembilan Belum Terima Sebarang Aduan
Baru-baru ini tular dakwaan seorang guru tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan sendiri disebabkan perlu hadir ke mesyuarat PIBG.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan (JPNS) memaklumkan tidak mendapat sebarang aduan mengenai seorang guru tidak dapat hadir perkahwinannya kerana perlu hadir ke mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) baru-baru ini
Menerusi laporan Harian Metro, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Khalidah Omar semalam memberitahu pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kesahihan perkara tersebut.
"JPNS belum dapat membuat sebarang pengesahan kesahihan berita ini. Kita sedang mendapatkan maklumat lanjut berkaitan isu berkenaan.
"Sehingga pagi ini, kita belum menerima sebarang laporan ataupun aduan oleh mana-mana pihak," katanya.
Perkara tersebut telah tular baru-baru ini selepas seorang pengguna aplikasi Threads berkongsi isu berkenaan di laman sosial terbabit
Menerusi perkongsian tersebut, pemilik akaun itu mendakwa seorang guru perempuan tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan sendiri selepas memberitahu ibunya telah menghadiri sendiri majlis perkahwinan berkenaan.
"Pengetua tidak benarkan cuti disebabkan ada mesyuarat PIBG. Jadi dia tidak dapat hadir pada majlis perkahwinan sendiri, sedihnya.
"Saya terkejut dengar cerita ini. Pengantin hanya sampai di Sabak Bernam hampir jam 6 petang disebabkan kesesakan lalu-lintas pada hari cuti.
"Secara tiba-tiba lagi tiga minggu sebelum majlis, pengetua beritahu tak dapat cuti sebab ada PIBG. Lagi tiga minggu majlis baru pengetua cakap tak boleh, sedangkan kad sudah diedar," kongsinya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!