seismik

Dakwa Cerai Tak Sah, Ah Moi Nekad Bakal Ambil Tindakan Terhadap View Chin & Mira

Semoga kebenaran berpihak kepada Ah Moi.

Cover image via @viewhau (Instagram) & @shermine_mummy (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Konflik rumah tangga influencer TikTok, View Chin nampak gayanya belum selesai dan masih menjadi bualan hangat orang ramai di media sosial walaupun sudah beberapa minggu kes itu berlalu

Iyalah, kalau dah namanya kes curang dan cerai, memang lambat sikit nak reda. Rakyat Malaysia pula memang pantang kalau isu sensitif seperti terjadi lebih-lebih lagi melibatkan orang ketiga dalam rumah tangga.

Terbaru, Ah Moi mendakwa bahawa perceraiannya dengan View Chin tidak sah dan akan mendedahkan semua bukti berkaitan konflik rumah tangga mereka di mahkamah nanti.

Kurang senang dengan dakwaan menyatakan bahawa isu curang yang berlaku hanyalah sekadar gimik

Menurut Ah Moi atau nama sebenarnya Shermine Hau, dia menafikan bahawa isu curang dan cerai yang berlaku ini adalah marketing syarikat mereka.

Malah, dia kini sedang mengasingkan syarikat termasuk juga kakitangan. Difahamkan, Ah Moi kini telah dilamar untuk menjadi duta sebuah produk kecantikan.

Mengulas lanjut tentang perceraiannya dengan View Chin, dia mendakwa bahawa kes itu masih belum selesai dan tidak sah. Dia juga nekad akan mengambil tindakan undang-undang terhadap View Chin dan Mira.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: