seismik

Dah Sampai Incheon, Tapi Tak Boleh Masuk Korea Selatan Sebab Tak Bawak Pasport Lama

Mereka semua terpaksa dihantar pulang ke Malaysia.

Cover image via @beeemyfweeen (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak kebelakangan ini, ramai rakyat Malaysia dilihat gemar melancong ke Korea Selatan

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis dan rakan-rakannya tidak dibenarkan masuk ke negara tersebut telah membimbangkan orang ramai.

Imigresen Korea Selatan suruh masuk bilik untuk tunggu giliran pulang ke Malaysia

Menerusi video berkenaan, gadis itu dan rakan-rakannya kelihatan sangat teruja kerana ingin melancong ke negara idaman mereka iaitu Korea Selatan. Segala persiapan telah dilakukan namun imigresen tidak membenarkan mereka masuk ke negara tersebut. 

Gadis itu telah menyediakan jadual perjalanan sepanjang di Korea. Bukan setakat itu, dokumen penting seperti K-ETA, tiket penerbangan, hotel juga telah dicetak.

Sebaik saja tiba di lapangan terbang Incheon, gadis itu menunjukkan semua dokumen penting kepada pihak imigresen apabila ditanya. Pegawai di sana juga bertanya mengapa gadis itu tidak mempunyai sejarah perjalanan. Gadis itu memberitahu pegawai tersebut bahawa pasport berkenaan merupakan pasport baru dan tidak membawa pasport lama. 

Setelah itu, dia disuruh untuk mengikut pegawai lain ke dalam bilik menunggu untuk siasatan lanjut. Selesai saja temu bual bersama pegawai imigresen di situ, mereka tetap tidak membenarkan gadis itu masuk ke Korea Selatan atas alasan tidak cukup persediaan. 

Mereka juga menghubungi pihak kedutaan Malaysia yang berada di Korea, namun tetap gagal untuk masuk ke negara tersebut. Mujur, mereka mendapat tiket penerbangan untuk pulang ke Malaysia pada keesokan harinya secara percuma. 

"Haritu pun agent bagitau, try cari officer lelaki sebab tak banyak tanya. Bawa old pasport, make sure everything printed siap-siap. Kalau semua dah buat, doa je" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 210K tontonan, 7K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kesian betul dah sampai tak boleh masuk pula, jadi lepas ni bawa je semua dokumen termasuk pasport lama.

@beeemyfweeen

For the first time : Immigration at Korea ask us to go back. We cant enter Korea without any valid reason

bunyi asal - haa - haa

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: