seismik

"Dah Jadi Geng" - Gelagat Budak Kecil Bermain Dengan Kambing Ini Mencuit Hati Netizen

Baju dah sama dah.

Cover image via @ainilfaziedaabubakar (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika kita lihat, ada yang suka membela kambing di kawasan kampung

Seronoknya bila balik kampung, memang banyak haiwan peliharaan yang boleh kita tengok dan main bersama. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak lelaki seronok bermain dengan kambing peliharaan telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Seronok berkejaran dengan baby goat sambil berlari-lari

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang berlari berkejaran di kawasan lapang.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat sangat seronok bermain dengan anak kambing. Bajunya juga sama warna dengan anak kambing itu.

Lebih melucukan lagi adalah apabila anak kambing itu juga kelihatan sangat seronok sambil terlompat-lompat mengejar budak kecil itu.

"Comelnya lompat-lompat macam tu dengan kambing" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 546K tontonan, 74K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak lelaki itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comelnya, macam best friend betul! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: