seismik

"Daebak" - Ini 6 K-Drama Bertemakan Perubatan Di Netflix Yang Anda Boleh Layan

Bedah pun nampak real!

Cover image via Scmp , Creatrip , Imdb

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Korang pernah tak bila tengok drama atau filem, tiba-tiba rasa terpengaruh dari cerita yang ditonton tu?

Lebih-lebih lagi dari segi fesyen, mesti akan lagi terpengaruh. Itu tandanya drama atau filem yang ditayangkan itu berjaya mempengaruhi penonton.

Sama juga seperti K-Drama yang kini semakin mendapat tempat di hati ramai peminat. Bukan hanya drama yang bertemakan romantik saja kita terpengaruh, tetapi drama yang bersirikan detektif, doktor juga boleh membuatkan kita rasa kagum melihatnya.  

Jom kita tengok K-Drama yang bertemakan kedoktoran. Confirm lepas anda menontonnya akan membuatkan anda rasa ingin menjadi seorang doktor.

Image via Tenor

1. Hospital Playlist

Image via Diva

Hospital Playlist mempunyai dua siri dan mengisahkan tentang lima orang sahabat yang telah lama berkawan sejak dari universiti. Kelima-lima doktor ini iaitu Lee Ik-joon, Ahn Jung Won, Kim Joon-wan, Yang Seok-hyeong dan Chae Song-hwa mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Siri ini juga akan membuatkan anda tak kering gusi apabila melihat telatah mereka ketika menangani pesakit-pesakit yang hadir di hospital mereka.

2. Dr Romantic

Image via Soompi.com

Dr Romantic ini juga mempunyai dua siri. Ia mengisahkan tentang seorang doktor yang bernama Boo Yong-joo dan lebih dikenali sebagai Guru Kim. Guru Kim ini mempunyai kelebihan yang luar biasa dan menyebabkan ramai ingin menindas akan kebolehannya. Malah, kedua-dua siri ini turut mengisahkan tentang doktor muda dari hospital besar datang ke hospital desa dan mempelajari ilmu daripada Guru Kim.

3. Doctor Stranger

Image via Asianwiki

Doctor Stranger merupakan salah satu drama Korea yang popular yang dibintangi oleh Lee Jong-suk dan Park Hae-jin. Semasa kecil, Park Hoon (Lee Jong-suk) dan ayahnya Park Cheol (Kim Sang-joon) diperdaya sehingga mereka terpaksa dihantar ke Korea Utara. Disebabkan kebolehan ayahnya, Park Hoon dilatih untuk menjadi seorang ahli bedah yang terhebat di sebuah kedoktoran Korea Utara. Namun, situasi berubah apabila ayahnya merancang untuk membalas dendam ke Korea Selatan. 

4. Ghost Doctor

Image via Kompas

Ghost Doctor ini mengisahkan tentang dua orang doktor yang mempunyai latar belakang, personaliti dan kemahiran yang berbeza. Kemunculan dua pelakon terhebat ini iaitu Rain (Cha Young-min) dari drama Full House dan Kim Bum (Go Seung-tak) dari drama Boys Over Flower berjaya menarik perhatian penonton. Anda juga akan terhibur melihat aksi mereka berdua yang sentiasa bergaduh dan telatahnya mencuit hati.

5. Doctor Crush

Image via Viki

Doctor Crush dibintangi oleh Park Shin-hye (Yoo Hye-jung). Ia mengisahkan seorang gadis yang bermasalah tetapi berjaya berubah perwatakannya kepada seorang doktor yang penyayang dan berjaya. Hong Ji-hong (Kim Rae-won) sebagai mentornya banyak membantu dalam meneruskan kariernya sebagai seorang doktor.

6. Doctor John

Image via Soompi

Doctor John merupakan sebuah drama yang membawa genre perubatan yang berlainan. Siri Doctor John ini memberikan pendedahan dan ilmu tentang sejenis penyakit iaitu Congenital Insensitivity to Pain with Anhidrosis (PIPA). Cha Yo-han (Ji Sung) merupakan doktor anestesiologi dan mempunyai karakter yang sombong. Di samping itu, dia dan rakannya Kang Shi-young (Lee Se-young) cuba mencari penyebab penyakit (PIPA).

Sebenarnya seronok layan K-Drama yang bertemakan perubatan ni. Bukan sekadar menonton, di samping itu kita juga dapat belajar mengenai ilmu perubatan. Selamat menonton semua!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: