seismik

“Coldplay Sokong Palestin” - PMX Akan Bincang Dengan Mufti Tentang Isu Konsert Coldplay

Difahamkan, konsert Coldplay Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur tersebut bakal berlangsung pada hari Rabu ini.

Cover image via Kosmo & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangan dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Profesor Madya Dr Luqman Abdullah berhubung keperluan untuk meneruskan penganjuran konsert kumpulan Coldplay yang dijadual bakal berlangsung pada hari Rabu di Stadium Nasional Bukit Jalil

Menerusi laporan Sinar Harian, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan meluluskan penganjuran itu sebelum ini kerana Coldplay merupakan antara kumpulan yang menyokong Palestin.

Sebelum ini, terdapat pelobi daripada gerakan penyokong pejuang Palestin yang menyokong penganjuran konsert berkenaan dan pada masa yang sama terdapat pihak lain yang menyarankan konsert itu dibatalkan bagi menghormati situasi semasa yang berlaku di Gaza, Palestin.

"Jadi saya akan bincang dengan mufti tentang keadaan ini kerana ada pelobi-pelobi daripada gerakan Palestin yang menyokong dan memberikan pandangan kepada menteri luar dan pejabat saya.

"(Mereka persoalkan) mengapa dihalang kumpulan yang menyokong perjuangan Palestin daripada meneruskan pertunjukan.

"Tapi oleh kerana perkara ini dibangkitkan (wujud halangan) kerana ada perkara lain yang kita tak setuju, itu akan saya bincang semula," katanya.

Image via Sinar Harian

PM Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berhubung pendirian kerajaan dalam penganjuran konsert berkenaan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah meminta supaya penganjuran konsert itu tidak diteruskan

Mufti Wilayah juga menasihati agar penganjuran konsert Coldplay itu tidak diteruskan kerana disifatkan sebagai melalaikan, bahkan tidak memberi sebarang manfaat kerana bertentangan dengan nilai murni dan budaya kepada rakyat negara ini.

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menekankan untuk pembatalan konsert Coldplay kerana pelanggaran prinsip-prinsip Islam dan hukum syarak. Selain itu, Dr. Muhamad Alihanafiah Norasid, pemuda PUM menyatakan bahawa konsert tersebut terdapat unsur hedonisme yang dapat melalaikan umat Islam dan bertentangan dengan norma serta tatasusila tempatan.

Sebagai rekod, kumpulan muzik ternama dari UK iaitu Coldplay dijadual mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok bersempena dengan siri jelajah Music of the Spheres World Tour.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: