seismik

Cinta Antara Orang Bunian & Manusia. Adaptasi Drama Black Ini Akan Buat Anda 'Amaze'

Plot yang benar-benar 'extraordinary'. :)

Cover image via Viu Malaysia

Kalau drama di televisyen, selalunya mesti anda dihidangan dengan plot kena kahwin paksa, datuk kena handle projek berjuta-juta atau perempuan miskin jatuh cinta dengan lelaki kaya

Image via Tenor

Klise sangat semua itu, sampaikan jalan cerita pun dah boleh agak. Bila jumlah tontonan berkurang mulalah kata tak support industri tempatan. Betul tak?

Tahukan anda tentang satu aplikasi streaming atas talian, Viu? Laman penstriman yang memfokuskan drama Asia dari Korea Selatan, Hong Kong, China dan Malaysia pun ada

Image via Goody Feed

Apa yang menariknya, siri original tempatan (drama) yang diterbitkan di Viu sangat berbeza. Larilah daripada tipikal drama Malaysia!

Adaptasi drama Black ikut acuan tempatan!

Image via Viu Malaysia

Bagi memberikan kelainan kepada penggemar cerita tempatan, Viu Malaysia sentiasa memvariasikan siri yang diterbitkan. 

Selepas sambutan hebat siri Keluarga Baha Don, kini Viu tampil dengan siri terbaru Black. Kalau anda peminat k-drama, mesti familiar dengan tajuk ini bukan?

Image via Viu Malaysia

Menggunakan tajuk yang sama, siri adaptasi drama Korea ini telah pun dilokalkan dengan menggabungkan Mitologi Melayu supaya bersesuaian dengan kepercayaan masyarakat negara ini. Siri ini hanya akan ditayangkan secara eksklusif di Viu dan dibintangi oleh pelakon popular seperti Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Zoey Rahman dan ramai lagi.

Kamal Adli jadi orang bunian?

Image via Viu Malaysia

Seperti yang anda tahu, siri asal Black merupakan kisah sebuah drama fantasi cinta-seram mengenai Grim Reaper (Song Seung-heon) yang memasuki dunia manusia dan jatuh cinta dengan seorang wanita. Tapi versi Malaysia ini lain sikit, konsep grim reaper telah ditukar kepada orang bunian (makhluk ghaib dari dimensi lain). 

Watak orang bunian yang bernama Black dalam siri ini dilakonkan oleh Kamal Adli. Black dalam satu misi yang menyebabkan dia terpaksa ke alam manusia untuk mencari rakannya yang sedang diburu.

Image via Viu Malaysia

Melanggar peraturan orang bunian, Black telah menghuni badan Malik, seorang pegawai polis yang telah mati dan menggunakan identiti Malik untuk memudahkan siasatannya. Jalan cerita menjadi lebih menarik apabila Black yang membenci manusia kerana cara primitif mereka telah terjatuh hati dengan Sofia lakonan Siti Saleha, seorang wanita yang berupaya meramalkan kematian.

Apa pula pengakhiran cinta dengan orang bunian?

Dipertengahan cerita ini, anda boleh tengok macam mana Black kecewa dengan dirinya kerana mula jatuh cinta dengan Sofia dan mampukah mereka kekal bersama kerana ia menjadi larangan di alam bunian untuk bercinta dengan manusia. Di samping percintaan terlarang ini, satu kes pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan lebih 20 tahun telah membawa mereka kembali kepada kisah silam yang dikongsi bersama.

Memang lain macam betul!

Jom Viu-ers, saksikan kesudahan Black hanya di Viu!

Macam mana? Anda mesti teruja nak tengok kesudahan kisah cinta terlarang Black dan Sofea serta apakah kisah silam yang mereka kongsikan itu? Kalau anda nak saksikan siri Black ini jangan lupa tonton di Viu. Tapi jika anda masih belum memiliki aplikasi ini, boleh muat turun secara percuma di App Store atau Google Play Store.

Lepas ini bolehlah tonton 4 episod pertama siri Black ni secara percuma. Manakala lagi 4 episod kalau nak tonton kenalah subscribe Viu Premium.

Jangan risau yuran bulanan Viu premium hanya RM10/sebulan. Banyak lagi tawaran yang lebih rendah bergantung kepada jenis pembayaran yang anda pilih.

Image via Viu Malaysia

Ingin tahu lebih lanjut tentang pakej pembayaran yang ditawarkan oleh Viu? Anda boleh semak di bahagian pembayaran di aplikasi Viu.

Jom download Viu untuk strim pelbagai filem atau muat turun rancangan drama serta TV kegemaran, di mana dan pada bila-bila sahaja!

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: