CIDB Mohon Maaf, Tarik Balik Kenyataan Berhubung Insiden Kebakaran Saluran Gas
CIDB beri jaminan akan bantu siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa terlibat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memohon maaf dan menarik semula kenyataan yang dikeluarkan berkaitan insiden kebakaran di Putra Heights
Menerusi laporan Bernama, CIDB menjelaskan keputusan itu dibuat kerana tidak mahu mendahului proses siasatan yang masih berjalan dan membabitkan banyak pihak berkuasa.
"CIDB ingin memohon maaf atas sebarang kekeliruan atau kebimbangan yang tercetus akibat kenyataan tersebut terutamanya kepada penduduk yang terkesan.
"Kami memahami kesulitan yang dihadapi dan berusaha memastikan perkara ini ditangani dengan penuh integriti dan ketelusan. Kami komited untuk memastikan setiap aspek kes ini diteliti secara menyeluruh dan adil," tulis kenyataan itu.
Sebelum ini, sebuah kenyataan dari CIDB yang dihantar ke laman sosial telah menimbulkan isu
Menururt CIDB, pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu pematuhan standard keselamatan dan peraturan industri pembinaan serta sebarang pelanggaran peraturan atau ketidakpatuhan.
"Komitmen kami adalah untuk memastikan industri pembinaan negara beroperasi mengikut piawaian tertinggi demi keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan semua pihak," tulis kenyataan itu.
Tindakan CIDB sebelum ini telah mencetuskan kekcohan orang ramai apabila pihak mereka menafikan tiada kerja pembinaan semasa paip gas berkenaan meletup.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!