seismik

Baru Buka 7 Hari, Perpustakaan Sabah Dah Macam 'Tongkang Pecah' Dek Diconteng Kanak-Kanak

Kenapaaaaaaaaaaa?!

Cover image via Arlene Rowena Dulait / Facebook

Lumrah semula jadi kanak-kanak untuk bermain dan sentiasa bergerak bebas

Image via SAYS

Dengan bermain, imaginasi kanak-kanak akan melangkau ke satu alam fantasi yang tiada batasan. Ini akan merangsang otak dan menjadikan pemikiran mereka lebih luas.

Sekali gus, minda kanak-kanak akan berkembang pesat dan lebih banyak sel dapat dihubungkan dengan baik.

Namun begitu, ibu bapa haruslah peka dan tidak boleh membiarkan anak bermain sehingga melampaui batasan

Kanak-kanak akan jadi tidak terkawal tanpa pengawasan yang rapi daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan anak-anak tidak terlalu bebas sehingga memusnahkan harta benda awam dan memudaratkan orang sekeliling.

Jika tidak dikawal, pasti akan timbul masalah.

Ini berlaku pada Perpustakaan Negeri Sabah di Kota Kinabalu yang baru dibuka selama 7 hari apabila bahagian kanak-kanak bangunan itu telah teruk diconteng.

Seorang warga prihatin, Arlene Rowena Dulait menerusi Facebook berkongsikan tentang kejadian ini yang dianggap keterlaluan dan tidak boleh diterima akal.

Menurutnya, bahagian kanak-kanak di Perpustakaan Negeri Sabah sudah tidak nampak seperti baru kerana telah teruk diconteng oleh kanak-kanak di situ. Beliau mengutarakan kekesalan ini dan meletakkan kesalahan di bahu ibu bapa yang tidak bertanggungjawab.

"Jika anda membiarkan anak-anak anda tidak menghormati harta awam macam ini, saya kesal dengan mentaliti anda sebagai ibu bapa," tulis Arlene.

Baginya, kanak-kanak tidak boleh dipersalah kerana sifat mereka yang hanya 'menjadi kanak-kanak'

Perkongsian Arlene telah mendapat lebih 2,000 shares dan lebih 1,000 komen ketika artikel ini ditulis. Rata-rata netizen terkejut dengan penemuan ini dan tidak menyangka bangunan awam yang sebegini baru telah dicemari dengan contengan tangan kanak-kanak.

Ramai juga yang menyelar tindakan ibu bapa yang tidak prihatin terhadap memastikan anak-anak mereka tidak mencemarkan harta benda awam.

Baca tulisan penuh Arlene di bawah:

CAN SOMEONE PLEASE EXPLAIN!

Are these particular corners memang untuk conteng2 ka? Are they allowed to do so? Ada signage that give permission to express their creativity this way? Are they washable? If so, then I have nothing else to say.

But if these sore eyes are caused by Children, just being children... WTF PARENTS! The place is only opened for 7 days! SEVEN! WOW!

Kamu bawa anak2 kamu sana betul2 mau baca buku kah ni atau mau minta puji saja untuk take photo kasi masuk pesbuk..kasi masuk ig. Kunun duluan la kamu tu masuk bangunan baru... kalau betul tu niat mau anak2 rajin membaca and become member so boleh pinjam buku selalu tidak apa juga!

But if you let your kids disrespect public property macam ni, I pity your mentality as parents.

Bisuk lusa tu bangunan jadi buruk, trus cakap eee kesian tidak kena menten. Kesian kerajaan tiada budget kasi cantik bangunan..eee kesian buruk ni bangunan kerajaan. YAH BY PEOPLE LIKE YOU!

THIS IS WHY WE CANNOT HAVE NICE THINGS!

SMH.

Selepas perkongsian ini tular, Perpustakaan Negeri Sabah mengambil tindakan untuk tutup bahagian kanak-kanak tersebut buat sementara waktu

Ada info that the Children Section have been closed for a while for cleaning purposes (photo somewhere in the comments thread). Yah.. mau kena cat balik. Nanti cantik la tu balik sudah yayyy. JANGAN KASI KUTUR2 LAGI AH!

Menurut Arlene lagi, dia difahamkan bahawa undang-undang etika di dalam perpustakaan tersebut masih belum dikuatkuasa sempena pembukaannya

I have learnt that sempena pembukaan State Library bulan ini, undang2 etika dalam library especially bahagian children level memang longgar..but ONLY FOR THIS MONTH. Bulan 5 sa harap dorang sedia tukang rotan utk siapa yang buat bising/conteng2...tapi bukan rotan tu budak ah. Rutan parents da. RESPECT OUR LIBRARY!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Malangnya, orang Malaysia memang terkenal dengan perangai macam ini:

You may be interested in: