seismik

Chazynash Dedah Sudah Cerai, Mohon Orang Ramai Hentikan Spekulasi - "Hormati Privasi Kami"

Chazynash merupakan antara pencipta kandungan digital yang telah lama bertapak di platform media sosial tempatan.

Cover image via Chazynash (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pencipta kandungan digital, Chazynash mendedahkan dirinya sebenarnya telah berpisah dengan isteri susulan spekulasi yang muncul di media sosial melibatkan dirinya

Menerusi sebuah hantarannya di Facebook, Chazynash memohon jasa agar semua pihak tidak menyebarkan lagi spekulasi dan cerita yang tidak sahih mengenai dirinya.

"Assalamualaikum kepada semua yang mengenali saya dan juga Fatin Morat. Memandangkan cerita semakin meleret dan menimbulkan pelbagai spekulasi, kami terpaksa bersuara agar tak timbul lagi tanda tanya atau salah faham.

"Sebenarnya, kami berniat untuk mendiamkan perkara ini tanpa sebarang hebahan. Biar hanya yang tahu, tahu. Namun, untuk mengelakkan jadi makin melalut, kami ingin maklumkan bahawa kami telah berpisah secara baik (bercerai) pada 23 Januari 2025.

"Jodoh kami tidak panjang dan kami sepakat untuk membawa haluan masing-masing. Tapi apa-apa pun, dalam hal ini, saya yang bersalah.


"Jadi, saya dan Fatin mohon jasa baik semua untuk hentikan penyebaran cerita dan spekulasi yang entah apa-apa," katanya.

Image via YouTube

Hubungan dengan bekas isteri masih baik

Tambahnya, hubungan antara mereka berdua masih lagi baik di mana mereka masih bersama-sama menguruskan hal anak dengan baik.

"Walaupun sudah berpisah, hubungan kami masih baik demi anak-anak. Saya masih menjaga mereka seperti biasa, cuma kami tak tinggal sebumbung.

"Kami masih berhubung dan berjumpa jika perlu. Tiada sebarang pertengkaran atau perebutan hak jagaan. Kami urus semuanya dengan baik.

"Terima kasih dan minta maaf kepada semua yang tidak pernah putus memberi sokongan kepada kami selama ini. Kami amat hargainya dan mohon maaf atas berita ini," tulisnya di Facebook.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: