[GAMBAR] Dua Anggota Polis Dijumpa Mabuk Dan Tertidur Di Bahu Jalan
Gambar dua anggota polis yang lena tertidur dalam seragam luas tersebar di laman-laman media sosial. Adakah ini kualiti anggota Polis Diraja Malaysia?
Baru-baru ini, gambar dua anggota polis mabuk and tertidur di tepi jalan luas tersebar di media sosial
Baru-baru ini, gambar dua anggota polis mabuk and tertidur di tepi bahu jalan tersebar di media sosial
Image via sinarharian.com.myGambar-gambar menunjukkan dua anggota polis dalam seragam tertidur dalam kereta peronda yang diberhentikan di bahu jalan di Shah Alam
Gambar-gambar menunjukkan dua anggota polis dalam seragam tertidur dalam kereta peronda yang diberhentikan di bahu jalan di Shah Alam
Image via blogspot.comSelain itu, senjata api mereka dicampak di tempat duduk belakang kereta peronda tersebut
Selain itu, senjata api mereka dicampak di tempat duduk belakang kereta peronda tersebut
Image via blogspot.comMenurut Sinar Harian, seorang pengguna Facebook yang merupakan anggota polis menafikan dua anggota polis itu benar-benar mabuk
Namun seorang pengguna Facebook, Nordin Mansor yang memberi komen di laman Facebook Suara Rakyat mengatakan gambar itu bukanlah situasi sebenar dan turut menafikan anggota polis dalam gambar tersebut benar-benar mabuk.
Nordin yang juga dipercayai seorang anggota polis menjelaskan bahawa situasi berkenaan adalah latihan bagi menggambarkan kesalahan dalam waktu kerja.
Namun, Polis Selangor telah mengeluarkan penyataan bahawa kedua-dua anggota polis itu telah ditukarkan tempat penugasan dan sedang disiasat
Ekoran penyebaran gambar dua anggota polis yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa menjalankan tugas rondaan, kedua-dua identiti anggota tersebut telah dikenal pasti .
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius terhadap kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana anggota yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat.
PDRM juga tidak akan melindungi dan berkompromi dengan pegawai dan anggota yang telah melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan imej pasukan.
Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada PDRM sekiranya mendapati mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan dan tidak berintegriti.
SENIOR DCP DATO' PAHLAWAN MOHD SHUKRI BIN DAHLAN
KETUA POLIS SELANGOR