CEO GISBH Kekal Di Penjara Sungai Buloh, Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan
Pemfailan permohonan penahanan salah itu telah menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Pendakwa Raya, Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mahkamah Persekutuan menolak rayuan penahanan salah yang difailkan CEO GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) untuk tujuan mencabar penahanan salah mereka mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma)
Menerusi laporan Harian Metro, hasil keputusan tersebut, CEO GISBH, Nasiruddin Mohd Ali kekal ditahan di Penjara Sungai Buloh manakala isterinya, Azura Md Yusof memperoleh ikat jamin oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini.
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas mendapati permohonan kedua-dua pemohon itu tidak mempunyai merit.
"Tiada merit dalam rayuan ini, rayuan ditolak, keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan," katanya.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.
Tiada pengakuan direkodkan sebelum ini disebabkan kes di bawah Mahkamah Tinggi
Oktober tahun lalu, tiada pengakuan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di mana ketika itu Nasiruddin dan Azura serta 19 lagi individu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang. Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan yang dibaca berasingan, mereka didapati menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Kumpulan GISBH di sebuah tempat di Jalan Desa, di Bandar Country Homes, Rawang antara Oktober 2020 hingga 11 September 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!