seismik

Cemburu Posmen Asyik Hantar Barang Online Mak, Pos Malaysia Beri Kejutan Pada Budak Ini

Happy tengok dia!

Cover image via @aliysar20 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Masih ingat lagi kah anda video viral mengenai seorang budak perempuan yang menangis kerana cemburu maknya asyik memberi barang online atas namanya?

Gara-gara si mak yang sakan membeli barang online sehingga membuatkan si anak cemburu kerana abang posmen sering menghantar barangan tersebut kepada maknya.

Video itu telah menjadi viral dan mencuri tumpuan ramai kerana telah mencuit hati. Malah, ia juga telah mendapat perhatian daripada pihak Pos Malaysia sendiri selepas mereka melihat video berkenaan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@aliysar20

Ingat tak video insyirah viral minggu lepas. Mama dpt msg dr pos msia nk bagi hadiah kt insyirah. Alhamdullilah ##fypsounds ##foryoupage ##foryou ##fyp

original sound - Asyila Alli

Dapat kejutan daripada pihak Pos Malaysia selepas video menjadi viral

Baru-baru ini pihak Pos Malaysia telah memberi sedikit kejutan kepada kanak-kanak tersebut yang teringin barangan sampai atas namanya. Video itu telah dimuat naik sendiri di oleh maknya di laman TikTok.

Menerusi video tersebut, kelihatan si emak telah berkongsi satu mesej daripada pihak Pos Malaysia yang mengatakan mereka berhasrat untuk memberi sedikit kejutan buat kanak-kanak berkenaan dengan menghantar penghantaran ke rumahnya.

Si anak kemudian membuka barangan itu dan mendapati ia adalah sebuah tabung. Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Pos Malaysia atas pemberian barang tersebut.

"Alhamdulillah terbaik Pos Malaysia ajar anak-anak menabung" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa gembira melihat reaksi kanak-kanak itu.

Malah, ada yang memuji tindakan pihak Pos Malaysia yang memberikan barang berguna itu untuk mendidik anak-anak supaya menabung dari kecil.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 78.2K views, 4,656 likes dan 184 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai, senyum sampai ke telinga dapat hadiah ya dik :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: