seismik

Pengguna Celcom Alami Gangguan Rangkaian & Perkhidmatan Data Hari Ini

Ramai pengguna didakwa mengalami gangguan itu bermula sejak pagi tadi.

Cover image via The Malaysian Reserve

Beberapa pelanggan Celcom kini mengalami masalah mengakses internet pada peranti mudah alih mereka

Berdasarkan tinjauan di laman media sosial Twitter, rata-rata pengguna menyatakan bahawa mereka menghadapi masalah itu sejak pagi tadi.

Dalam pada itu, Celcom juga nampaknya kini sedang trending di Twitter kerana sebilangan besar pengguna mengadu tidak dapat membuka laman web dan Google.

Aplikasi lain seperti YouTube, Grab dan Food Panda nampaknya turut terjejas. Tidak jelas seberapa besar masalahnya tetapi pihak Celcom sedang berusaha untuk menyelesaikan isu itu.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna turut melahirkan rasa kecewa berkenaan isu tersebut

Menurut mereka, ada yang perlu menghadiri kelas dalam talian, berkerja dari rumah dan mahu menggunakan beberapa aplikasi yang perlu bagi tujuan tersebut.

Berikut di bawah antara masalah yang dialami oleh beberapa pengguna di Twitter:

Sementara itu, penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu menyatakan isu berkenaan sedang dibaik pulih oleh pihak teknikal Celcom. Belum diketahui bila ia akan pulih sepenuhnya.

Menurut mereka, isu baik pulih perkhidmatan Celcom akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: