seismik

[GAMBAR] Cara 'Packing' Lelaki Ini Buat Ramai Obses, Rak Penuh Selipar Tu Paling Tak Tahan

Kemasnya!

Cover image via Twitter @falsaai

Mengaku sajalah, packing adalah salah satu aktiviti yang paling malas untuk kita semua buat, kan?

Image via tenor.com

Rasanya belum pernah lagi kami jumpa orang yang suka packing. Majoriti daripada kita mesti tak suka punyalah.

Packing ni memang leceh kerana ia terdiri daripada tiga fasa yang memenatkan iaitu:

Fasa 1: Pemilihan pakaian dan barangan
Fasa 2: Melipat / membungkus pakaian dan barangan
Fasa 3: Memasukkan kesemuanya ke dalam beg

Ketiga-tiga fasa ini sememangnya memeningkan kepala dan memerlukan usaha yang kental.

Tetapi lain pula untuk seorang lelaki yang dikenali sebagai Faisal Al Saai ini

Mungkin inilah kali pertama kami jumpa seseorang yang mampu meletakkan perkataan 'joy' dan 'packing' di dalam satu ayat.

Well, lihat saja posting Faisal di Twitter pada 22 Disember 2019 yang lalu di bawah:

Dua keping gambar minimalist packing yang dimuat naik oleh Faisal tersebut mendapat perhatian hangat warganet sehingga diulang kicau sebanyak 16.6 ribu kali dan diberi tanda suka sebanyak 68.6 ribu kali setakat artikel ini ditulis.

Melihatkan pada dua keping gambar berkenaan, ternyata Faisal ini seorang pro dalam bab packing dan berkemas. Segalanya kelihatan begitu tersusun rapi, bersih, minimal, dan yang paling penting, lipatan pakaiannya serius on point!

Selepas tweet tersebut meletus, Faisal 'belanja' lagi gambar-gambar yang menunjukkan koleksi baju, kasut, minyak wangi, dan selipar hotel beliau.

Ya, selipar hotel.

Kami tulis 'selipar hotel' supaya orang senang faham. Lagi pun, selipar macam ini memang selalu kita jumpa kat hotel je, kan? Hehe.

Ramai warganet yang begitu obses dan kagum melihat kekemasan almari dan beg Faisal tersebut. Ini antara tweet kelakar yang sempat kami screenshot:

"These pictures are neater than my life." LOL. XD

Ada juga yang meminta Faisal untuk membuat video tutorial tentang cara beliau packing

Memang drool sangat tengok gambar-gambar dia weh!

Image via tenor.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Okay, yang ini serius kelakar!

You may be interested in: