seismik

"Yakin Ke Expected Salary Anda Tepat?" - Lelaki Ini Kongsi Cara 'Demand' Gaji Yang Betul

Sebab itulah kena tahu samada gaji anda sejajar dengan tanggungan.

Cover image via Facebook & Google

Baru-baru ini telah heboh dibincangkan tentang masalah pekerja di Malaysia di bayar gaji rendah

Gambar sekadar hiasan.

Image via Orangkata.my

Pekerja Malaysia dipercayai masih dibayar upah yang lebih rendah berbanding pekerja di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Australia, Jerman dan Singapura. Ia juga setelah diambil kira kesaksamaan produktiviti antara negara, mengikut Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut laporan, jika seseorang pekerja Malaysia menghasilkan output bernilai AS$1,000 (RM4,077.5), pekerja itu akan dibayar sebanyak AS$340 (RM1,386.35). Namun begitu, upah yang diterima pekerja di negara maju itu bagi penghasilan output sama bernilai AS$1,000 (RM4,077.5) adalah lebih tinggi pada AS$510.8 (RM2,082.79).

Image via NSTP

“Dalam perbincangan dan interaksi Bank Negara dengan pihak industri, syarikat sering menyatakan kenaikan upah sebagai faktor yang mengurangkan marjin perniagaan mereka, manakala pekerja pula mengadu mengenai “upah yang statik” dan kos sara hidup yang semakin meningkat,” mengikut laporan berkenaan.

Orang ramai turut bersetuju bahawa pendapatan maksimum diperlukan oleh sesebuah isi rumah untuk peluang pembangunan peribadi, keluarga dan boleh membebaskan diri daripada tekanan kewangan yang teruk

Mana tidaknya, kos sara hidup kian meningkat. Masyarakat kini hanya mampu untuk membeli barangan keperluan dan membayar tanggungan yang ada setiap bulan. Kalau ada duit, barulah boleh digunakan untuk pembiayaan peribadi seperti membeli-belah, menonton movie dan sebagainya.

Tapi tak selalulah.

Bila bercakap tentang 'kerja' pula, pasti ramai yang tidak berpuas hati dengan pembayaran gaji setiap bulan kerana ia tidak sejajar dengan tanggungan. Lepas itu mulalah fasa menukar pekerjaan yang dibayar gaji lebih tinggi.

Image via Astro Awani

Nak 'jump' kerja, pasti ada expected salary yang perlu anda bentangkan bukan? Manakan tidak, anda pastilah mahu kerja yang membayar lebih daripada sebelum ini. Barulah ia sejajar dengan tanggungan bulanan.

Oleh itu, seorang lelaki di laman Facebook iaitu Ir Abdul Rahman Bahasa telah mengulas isu ini dengan berkongsi tentang perbincangan isu expected salary ini. Topik ini memang menarik untuk difahami supaya tidak keliru di masa hadapan.

Baca penuh di bawah:

ARE YOU SURE YOUR EXPECTED SALARY IS CORRECT?

Al-kisah, saya panggil seorang candidate untuk ditemuduga. Candidate ni sudah mempunyai pengalaman 3.5 tahun. Dan macam biasa, saya akan tanya soalan2 yang releven dengan jawatan yg dipohon berdasarkan pengalaman yang dia ada. The candidate was good. So, tiba masanya untuk discuss bab “expected salary” yang biasanya, it will be deal breaker or not antara candidate dengan bakal majikan.

Sesi perbincangan pun bermula:

Saya: How much your salary in current company and kenapa you mintak expected salary RM4,200?
Candidate: Current salary saya RM3,500 dan saya demand RM4,200 disebabkan kebolehan dan pengalaman yang saya nyatakan semasa technical interview sebentar tadi.

Saya tersenyum, sebab saya juga pernah menjadi pekerja dulu and I was job hopper as well. Itu jawapan yg sgt cliche. Seorang pekerja tidak akan meninggalkan company itu tanpa sebab. Maka saya merasakan faktor gaji yang menyebabkan candidate ini mencari peluang lain. Maka saya tanya question seterusnya untuk memastikan jangkaan saya betul.

Meskipun soalan yang seterusnya ini mungkin jarang ditanya, namun ia tidak mustahil

Saya: Ok..Boleh saya bertanya lebih details tentang monthly expenses you setiap bulan? (Muka candidate agak terpinga2. Maybe ini 1st time interviewer tanya soalan sedemikian).

Candidate: Erm…saya ada kereta, saya kena bayar RM375 sebulan, then saya ada 2org anak ke pengasuh, RM160 sebulan and bla2…

Saya jot down semua monthly expenses candidate tersebut dan saya suruh dia tunggu di luar bilik temuduga. Saya totalkan semua expenses candidate tersebut dan hasilnya RM3,155. Now saya tau kenapa dia start cari kerja lain. Pendapatannya TIDAK SEJAJAR dengan monthly expenses nya..sebab mengikut kiraan saya, net salary (selepas ditolak EPF, Socso, PCB) lebih kurang RM3,080 tapi monthly expensesnya RM3,155!!

Sedih saya mengenangkannya, mesti dia tidak dapat bagi duit bulanan kepada ibu bapanya. Bagaimana pula dengan simpanan?? Maybe diluar dari kamus kehidupannya. OK, apabila saya selesai membuat segala note dalam “job interview evaluation form”, saya panggil semula candidate tu masuk ke dalam bilik temuduga. Saya bertanya dia soalan seterusnya.

Saya: Saya dah buat sedikit analysis dan saya nak tanya you soalan yang terakhir. ARE YOU SURE YOUR EXPECTED SALARY IS CORRECT? (Sekali lagi muka dia berubah, maybe dia rasa dia demand agak tinggi)

Candidate: Yes, I’m sure with my salary expectation.

Saya: OK, we done our interview. We will contact you soon. Hope you will be patient waiting the interview result ya. Kami pun berjabat tangan.

Pecahan di bawah boleh dijadikan sebagai rujukan buat pekerja yang mahu mencari kerja:

Untuk manfaat pekerja2 yang mahu mencari kerja. Saya kongsikan note yang saya buat di dalam form "job interview evaluation" company saya:

Candidate demonstrate good technical and soft skills. However, considering candidate live in Rawang and further input on expected basic monthly expenses as follow:

Car Installment: RM375/month
Toll: RM320/month
Fuel: RM400/month
Meal@office: RM 200/month
Monthly Grocery: RM700/month
Child: RM160/month
House rental: RM700/month
Utilities Bill: RM300/month
Total: RM3,155

Previous Salary: RM3,500
Expected Salary: RM 4,200 (20% increase from previous salary)

Net salary after deduction (EPF, Socso, PCB, Zakat) on expected salary: approx. RM3,590

Conclusion: Expected salary not sufficient.
Recommended salary: RM4,800 (net RM 4,060)

*Subject to BOD budgetary meeting approval.
//Unquote//

Sebagai majikan, tanggungjawab saya adalah untuk memastikan pekerja saya cukup dari segi psychological & safety needs nya. (Nak tahu lebih lanjut, anda boleh baca Maslow's hierarchy of needs).

Jika basic needs dipenuhi, psylogical pekerja saya akan healthy. Dan ini akan menyumbang kepada produktiviti company. So, nasihat saya. When you trying to demand new salary, please calculate up to NET SALARY bukan GROSS SALARY. By the end, NET SALARY adalah duit yang akan bring back home for your family.

Kesimpulannya, kena pandai 'demand' gaji ya. ;)

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: