seismik

"Campak Phone Tepi Jalan" - Lelaki Selamba Buang Phone Teman Wanita Buat Netizen Berang

Mentang-mentang nak beli yang baru!

Cover image via @atikayazidd (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Telefon merupakan antara gajet yang paling penting dalam hidup kita pada zaman ini

Telefon bukan saja digunakan untuk berhubung sesama manusia, malah pelbagai lagi fungsi yang terdapat dalam sebuah telefon pintar. Semuanya kini ada dihujung jari saja.

Pelbagai maklumat dan info yang boleh didapatkan melalui internet dalam telefon pintar. Sebab itu, telefon kini menjadi salah satu barangan essentials buat semua orang.

Baru-baru ini tular video di Twitter yang memaparkan seorang lelaki selamba campak telefon teman wanita setelah mengadu selalu rosak telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Mentang-mentang nak beli baru, selamba campak phone lama tepi jalan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki dan teman wanitanya sedang berada di dalam kereta untuk menuju ke satu lokasi yang tidak diketahui.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila lelaki tersebut bertindak untuk membelek-belek phone teman wanitanya lalu campak keluar phone itu setelah teman wanitanya mengadu selalu rosak. Diyakini, dia hanya membuang casing ke tepi jalan. 

Lebih mengejutkan lagi, lelaki itu sempat bertanyakan "Phone apa ni? Android?". Perkara itu membuatkan ramai berang dan tidak puas hati kerana dia bertindak seolah-olah perlekehkan phone itu. Teman wanitanya itu dilihat membeli sebuah phone baru di kedai telefon berjenama Apple. 

"Make sure pakai apple music, apple TV tau, kalau tak maka anda dan android tu patut kena campak keluar kereta" - Netizen

Dalam pada itu , hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut luah rasa geram dan berang dengan tindakan lelaki itu. Malah, ramai yang berkongsi kebaikan menggunakan telefon Android. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 1M views, 2K retweets, 2K quote tweets dan 5K likes di Twitter. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter: 

Apa-apa pun, lain kali jangan downgrade jenama lain dan jangan buang sampah merata-rata tau!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: