seismik

Cabaran & Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia Dalam Menghadapi Krisis Covid-19. Tabik!

Hero yang tidak didendang.

Cover image via Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel ini ditaja oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia baru-baru ini memberikan impak kepada bukan satu mahupun dua, tetapi kepada semua sektor yang ada di dunia

Image via Berita Harian

Salah satu sektor yang terjejas ialah sektor pendidikan. Tidak terlintas dan juga tidak pernah berlaku dalam sejarah, di mana semua sekolah di Malaysia dan majoriti negara di dunia terpaksa ditutup serentak disebabkan penularan wabak ini.

Apabila kejadian ini berlaku, negara bergantung kepada kekuatan kerajaan pentadbiran. Bagaimana mereka menanganinya menentukan hala tuju sesebuah negara itu dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. Jom kita tengok apa antara cabaran dan usaha KPM dalam menangani masalah ini.

Sesetengah sekolah masih dibuka walaupun di zon merah. Macam mana KPM tentukan?

Banyak komen di media sosial berteka-teki bagaimana KPM tentukan sama ada sekolah itu patut tutup atau tidak. Kalau anda nak tahu, pihak KPM sentiasa berkerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan nasihat dan persetujuan bagi hal-hal yang berkaitan dengan Covid-19.

Apabila keputusan untuk membuka kembali sesi persekolahan, pihak KPM telah pun bersiap sedia dengan garis panduan lengkap sekiranya kes meningkat secara mendadak dalam waktu singkat.

Selain KKM, KPM juga sentiasa mendapatkan maklum balas daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kesemua jawatankuasa pengurusan bencana negeri.

Perkara yang wajib anda tahu ialah, corak dan cara penyebaran kes yang terjadi adalah berbeza-beza. Oleh itu, kaedah yang digunakan untuk menangani kes tersebut juga akan berlainan.

Sebab itu lah kadang-kadang anda tengok walaupun dah red zone, sekolah di tempat tersebut tidak ditutup kerana keadaan masih lagi terkawal.

Sehingga kini, Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin telah buat lawatan mengejut di 64 buah sekolah

Untuk melihat sendiri keberkesanan dan bagaimana satu-satu sekolah melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di sekolah, Dr Radzi Jidin sendiri turun padang secara mengejut untuk melihat bagaimana ia dilaksanakan.

Beliau pergi tanpa memaklumkan sesiapa pun, guru besar dari sekolah-sekolah tersebut juga tidak diberitahu. Satu hari sehingga 9 buah sekolah boleh dilawati dan ianya ternyata berkesan.

Hasil daripada pemerhatian beliau juga mendapati sekolah-sekolah tersebut mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Good job semua guru Malaysia!

Momentum para pelajar agak menurun, namun..

Cabaran yang paling besar ialah apabila pihak KPM mendapati bahawa hasil penguasaan setiap pelajar itu berbeza-beza apabila mereka belajar di rumah. Hal ini kerana terdapat pelajar yang tidak mendapat akses penuh kepada internet malahan ada yang tidak mempunyai peranti yang sesuai.

Berada dalam situasi pandemik, pilihan solusi yang ada sangat-sangat terhad. KPM menyelesaikan masalah ini dengan bantuan warga pendidik di Malaysia, di mana terdapat guru-guru yang menghantar kerja rumah tersebut ke rumah para pelajar walau di mana mereka berada.

Ada yang jelajah sehingga 13 kampung hanya untuk membantu muridnya supaya tidak ketinggalan. Memang salute habis!

Kenapa hari Rabu dipilih untuk memulakan persekolahan?

Penulis percaya ramai yang pelik kenapa hari Rabu? Kenapa tak tunggu hari Isnin nanti? Penulis pun tertanya-tanya tapi betullah mereka kata, biarkan mereka yang profesional buat kerja sebab jawapan yang penulis dapat memang tak dijangka langsung.

Hari Rabu dipilih sejurus mendapat green light daripada pihak KKM kerana ia terletak di pertengahan minggu. Sekiranya terjadi perkara tidak diingini berlaku seperti kes memuncak secara tiba-tiba atau SOP yang digunakan tidak sesuai dan sebagainya, sekolah dapat ditutup secara naturally iaitu pada hari minggu.

Oleh itu, tidak akan ada sebarang gangguan untuk sesi persekolahan tersebut.

Segala cabaran diatasi dengan cepat dan selamat!

Ini antara cabaran pihak KPM alami sepanjang pandemik terjadi dan cara-cara yang dilakukan untuk menangani sememangnya wajar diberikan pujian dan paling penting kita harus berikan sokongan.

Pandemik ini bukanlah sesuatu yang dijangka dan seluruh dunia masih lagi bertungkus lumus memikirkan cara untuk melawan virus ini. Namun begitu, terima kasih kepada KPM yang telah berjaya menangani dan menyediakan garis panduan yang selamat untuk digunakan dalam masa yang singkat.

Sehingga kini, KPM masih lagi tanpa henti memberikan yang terbaik dan sentiasa mengkaji sekiranya terdapat kaedah lain boleh digunakan untuk sistem pendidikan di Malaysia. Terima kasih warga pendidik!

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.


LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik