seismik

13 Butik Seni Kufi Moden Yang Pasti Digemari Muslim Minimalis Seluruh Malaysia

Warna-warni dan 'monochrome'; sedia-ada dan 'custom'; semuanya ada!

Cover image via Cufica

1. Kufi On Kanvas

Peminat seni khat moden pasti teruja dengan koleksi Kufi On Kanvas, di mana kalimah-kalimah suci digubah menjadi rekaan unik yang terdapat dalam pelbagai corak, font, dan warna. Selain digunakan sebagai perhiasan rumah, rekaan-rekaan moden ini juga sesuai dijadikan perhiasan untuk majlis perkahwinan.

Ikuti Kufi On Kanvas di: Instagram | Facebook

Whatsapp: +6012 294 1579 (Amir) | +6012 252 5644 (Yus)

Alamat Galeri (Puchong): ZP-01-23, The Zest Point, Lebuhraya Bkt Jalil, Bandar Kinrara BK9, Puchong

Alamat Galeri (Johor Bahru): 4-01 (Tingkat 1), Jalan Padi Emas 1/2, Bandar Baru UDA, Johor Bahru

Waktu Operasi: 10 pagi - 6 petang (Sabtu dan Ahad sahaja)

2. Cufica

Nama yang tidak asing lagi dalam industri seni khat moden, Cufica mula dikenali dengan stail kufi kanvas pop art, dan kini katalog rekaannya makin berkembang dengan rekaan-rekaan yang tersendiri.

Antara rekaan Cufica yang menarik termasuk Siri Nasta'liq (diilhamkan dari kaligrafi Arab abad ke-8 dan ke-9) dan Siri Doa (di mana doa-doa harian dan maksudnya diketengahkan dalam Bahasa Malaysia).

Ikuti Cufica di: Instagram | Facebook | Twitter | Laman web

Whatsapp: +6011 1282 7857

Alamat Galeri: 28 SS21/1 Damansara Utama, Petaling Jaya

Worldwide shipping disediakan

Image via Cufica
Image via Cufica
Image via Cufica
Image via Cufica
Image via Cufica

3. Deco Dinding

Deco Dinding menyediakan pelbagai rekaan untuk citarasa yang berbeza. Design khat yang diserikan dengan corak bunga pastel sesuai untuk mereka yang berjiwa feminin, manakala design berwarna-warni yang diinspirasikan oleh konsep minimalis pasti digemari peminat seni kufi moden.

Ikuti Deco Dinding di: Instagram | Facebook

Whatsapp: +6012 330 2032

Lokasi: Presint 15, Putrajaya

Image via Deco Dinding
Image via Deco Dinding
Image via Deco Dinding
Image via Deco Dinding
Image via Deco Dinding
Image via Deco Dinding

4. Six Side Art

Six Side Art mengambil unsur-unsur seni Jepun sebagai inspirasi, dan sekaligus menghasilkan rekaan kanvas kufi yang penuh kelainan. Selain siri-siri Zikir, Dua Kalimah Syahadah, dan Ayat Qursi, Six Side Art juga diminati untuk siri Halal Love Quotes mereka.

Ikuti Six Side Art di: Instagram | Facebook

Whatsapp: +6014 715 4033 (Sezan)

Lokasi: Kemensah Villa, Kuala Lumpur

6. Galeri Kufi

Galeri Kufi dikenali dengan rekaan kanvas 3-panel yang memberikan sentuhan artistik kepada rumah, pejabat, dan juga premis perniagaan. Antara rekaan-rekaan yang terdapat di Galeri Kufi termasuklah Zikir-Zikir Harian dan Surah 3 Qul.

Ikuti Galeri Kufi di: Instagram | Facebook

Whatsapp: +6011 1996 3110

Lokasi: Kelantan

Image via Galeri Kufi

7. Kufi Square

Kufi Square menggunakan konsep moden minimalis dalam penghasilan rekaan-rekaan yang ringkas tetapi bernas. Rekaan ready-made mereka termasuklah siri Bismillah, tetapi mereka juga sedia menerima tempahan untuk stail-stail spesifik yang diperlukan.

Ikuti Kufi Square di: Facebook | Laman web

Whatsapp: +6016 226 8241

Lokasi: Seksyen U13, Setia Alam, Selangor

Image via Kufi Square
Image via Kufi Square
Image via Kufi Square
Image via Kufi Square

8. Kufi Store by Karya Kufi

Seni khat di Kufi Store tidak terhad kepada kanvas sahaja; rekaan-rekaan di sini menggunakan pelbagai teknik (seperti ukiran dan sandblasting) dan elemen (termasuk kayu, kaca, dan cermin).

Ikuti Kufi Store di: Instagram | Facebook | Laman web

Whatsapp: +6013 989 5800

Alamat Galeri: Lot 702G, Complex Diamond, Bangi Business Park, Jln Medan Bangi, Off Persiaran Bandar, Bangi

Waktu Operasi: 10 pagi - 5.30 petang (tutup pada hari Jumaat)

9. Khat Kufi Kulim

Khat Kufi Kulim menerima tempahan untuk stail-stail kufi yang diinginkan pelanggan. Design Alif Ba Ta pasti disukai para ibu bapa yang ingin menerapkan cinta terhadap tulisan Jawi kepada anak-anak.

Ikuti Khat Kufi Kulim di: Instagram | Facebook

Whatsapp: +6014 941 4341 | +6012 421 3211

Lokasi: Kulim, Kedah

10. Simply Kufi Canvas

Jika inginkan hasil seni yang menggabungkan stail tradisional dan moden, rekaan-rekaan Simply Kufi Canvas tentunya akan menarik perhatian. Di Simply Kufi Canvas, teknik khat tradisional diserikan dengan latar belakang bercorak abstract.

Ikuti Simply Kufi Canvas di: Instagram | Facebook

Whatsapp: +6012 630 3510

Lokasi: Klang

Worldwide delivery disediakan

11. Kufi Art

Warna-warna pelangi digubah menjadi rekaan-rekaan Kufi Art yang penuh keceriaan dan kemodenan. Design kufi berwarna-warni ini juga terdapat dalam format sticker kereta.

Ikuti Kufi Art di: Instagram | Facebook

Whatsapp: +6019 284 7627

Lokasi: Bandar Baru Sentul

12. Kufi Ipoh

Kufi Ipoh menyediakan kanvas-kanvas berkualiti dalam pelbagai saiz, corak, dan warna. Selain kanvas kufi, mereka juga mempunyai beberapa kanvas quote yang pasti memberi inspirasi positif kepada sesiapa yang memandang. Kufi Ipoh juga menerima tempahan, sekiranya stail-stail yang spesifik diperlukan.

Ikuti Kufi Ipoh di Instagram

Whatsapp: +6011 2852 5255 | +6012 587 7393

Alamat Galeri: No 4, Wakaf Bazar Rakyat, Masjid Negeri Ipoh, Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 10 pagi - 6 petang (tutup pada hari Ahad)

13. Canvas D'Arte

Bagi yang berminat dengan kanvas custom dengan nama sendiri, bolehlah mencuba perkhidmatan Canvas D'Arte. Jika stail sedia-ada yang diperlukan, pilih dari katalognya yang merangkumi pelbagai corak kufi moden.

Ikuti Canvas D'Arte di: Instagram | Facebook | Blog

Whatsapp: +6012 980 6627 | +6017 271 0661

Lokasi: Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor

Perlukan lagi barang-barang keperluan rumah? Dapatkan deals terbaik di SINI!

Berminat dengan kesenian? Jom follow akaun-akaun IG ni pula:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: