seismik

"Bunting Kalah Isteri" - Wanita Ini Kongsi Gambar Suaminya Sebelum & Selepas Berkahwin

Confirm isteri dia masak sedap hari-hari ni.

Cover image via @ayu_se19 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Orang kata, kalau nak tahu suami kita bahagia atau tak lepas kahwin kena tengok perubahan perutnya. Betul ke?

Fakta mengatakan rata-rata orang lelaki akan berubah saiz badan terutamanya di bahagian perut selepas mereka berkahwin di mana perut mereka akan nampak lebih buncit berbanding sewaktu bujang dulu.

Hal ini sering terjadi kerana ia menunjukkan tanda-tanda mereka bahagia selepas berkahwin hasil masakan isteri yang sedap. Senang cerita, ramai berpendapat bahawa asal perut buncit je mesti isteri pandai jaga makan suami.

Tidak terkecuali dengan seorang lelaki ini apabila video yang dimuat naik isterinya tular baru-baru ini di laman sosial TikTok dan menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sebelum kahwin bukan main slim, lepas kahwin terus 'bunting'

Menerusi video yang dikongsi oleh Ayu Surya dengan kapsyen "Why? Suamiku berubah bentuk", dia membuat kompilasi gambar suaminya sebelum dan selepas mereka berkahwin kelihatan badan suaminya yang dulu kurus sekarang sudah pun berisi.

Perubahan tersebut nampak lebih ketara di bahagian perut suaminya yang dilihat sangat buncit ke depan. "Sesudah kahwin, kenapa terus bunting perut tu bang", katanya.

"That beautiful glow up haha. Ini tanda-tanda lelaki memilih isteri yang betul" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang sehingga kini mencecah 1.1M tontonan, 96.5K tanda suka serta 1.6K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat perubahan drastik bentuk badan suami wanita itu.

Malah, ramai yang dapat relate dan berpendapat itulah tanda-tanda si suami bahagia selepas berkahwin kerana makan minumnya dijaga baik oleh isteri.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bahagia-bahagia juga, perut tetap kena maintain ya bang jangan ke depan sangat :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: